50 Peratus Keluar Mengundi Di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PUTRAJAYA –  Separuh daripada keseluruhan pengundi yang berdaftar di Terengganu telah melaksanakan tanggunjawab itu setakat 1 tengah hari apabila peratusan keluar mengundi yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 50 peratus.

Menurut SPR peratusan keluar mengundi di lima negeri lain pula dalam lingkungan 40 peratus.

Kedah dengan 49 peratus, Pulau Pinang (46 peratus), Selangor (44 peratus), Negeri Sembilan (42 peratus) dan Kelantan (40 peratus).

Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dicatatkan setakat 1 tengah hari adalah 47 peratus.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi sempena PRN di enam negeri, dibuka bermula 8 pagi tadi. 

Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat atau saluran mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.

–BERNAMA