Sri Pahang Mahu Lolos Sekatan PDRM FC

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Sri Pahang FC tidak mahu menjadi mangsa PDRM FC apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Rabu ini.

Kapten Tok Gajah, Sergio Aguero berkata, prestasi menyakinkan skuad kendalian Datuk Yunus Aliff itu memerlukan Sri Pahang lebih berwaspada untuk mengelak lawan membawa pulang mata.

“Bagi saya sudah tentu kami mahukan kemenangan dan pada masa sama mahu memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas terikat 2-2 berdepan Terengganu FC (TFC) pada 29 Oktober lalu.

“Kami juga adalah sebuah pasukan yang bagus tetapi prestasi mantap dipersembahkan PDRM ketika ini perlu diberikan perhatian.

“Musim ini PDRM bermain dengan baik dan kami sedar mereka juga memiliki barisan pemain yang bagus yang memerlukan fokus,” kata pemain naturalisasi itu.

Selepas 22 perlawanan, skuad kendalian Fandi Ahmad berada di kedudukan keempat liga dengan mengutip 44 mata manakala The Cops di kedudukan kelapan dengan 31 mata.

Perlawanan terakhir PDRM pada 27 Oktober lalu, menyaksikan The Cops menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 2-0.

Dengan kemenangan itu, Sri Pahang perlu tampil lebih padu untuk memastikan misi kemenangan tercapai dan sasaran menamatkan saingan liga antara tempat ketiga dan kelima menjadi kenyataan.

– BERITA HARIAN