33 Terbunuh, Pesawat Pejuang Israel Mengebom Kem Pelarian Gaza

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

GAZA: Pesawat pejuang Israel terus-menerus menyerang kem pelarian di Semenanjung Gaza pada awal Ahad, menyebabkan 33 terbunuh dan puluhan lagi cedera.

Menurut pegawai kesihatan Palestin, Ashraf al-Qidra, penduduk turut membantu mencari mereka yang terselamat di dalam runtuhan.

Serangan itu berlaku ketika Israel umum akan meneruskan serangannya untuk menumpaskan penguasa Hamas di wilayah itu, walaupun Amerika Syarikat (AS) merayu supaya gencatan senjata dilakukan untuk bantuan masuk.

Di Hospital Al-Aqsa di tengah Gaza, mayat dibaringkan di atas lantai ketika saudara mara tiba untuk mengenal pasti mereka.

Angka kematian yang meningkat di Gaza telah mencetuskan kemarahan antarabangsa dari Washington ke Berlin turun ke jalan pada Sabtu bagi menuntut gencatan senjata segera.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata lebih 9,500 rakyat Palestin telah terbunuh di wilayah itu dalam hampir sebulan perang dan jumlah itu mungkin meningkat apabila serangan berterusan.

– AWANI