Alonso kesayangan pasukan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
London: Aston Martin berkata mereka mahu mengekalkan Fernando Alonso sehingga selepas tamat kontraknya yang berakhir penghujung 2024.

Pelumba Sepanyol berusia 42 tahun itu meraih lapan kedudukan podium Aston Martin tahun ini.

Prinsipal pasukan Mike Krack berkata di Grand Prix (GP) Abu Dhabi, dia ‘terkejut’ dengan soalan ditanyakan wartawan susulan prestasi mantap Alonso tahun ini.

Menurut Krack, dia tidak risau dengan umur Alonso yang bakal berusia 43 tahun pada Julai akan datang.

Alonso sebelum ini berkata dia belum membuat keputusan sama ada mahu terus berlumba di Formula 1 (F1) melepasi musim depan.

Menurutnya musim 2023 adalah yang terbaik dalam kariernya selepas 2012 ketika dia bersama Ferrari.

Tambahnya lagi, dia tidak bimbang dengan kehilangan kepantasannya pada masa hadapan tetapi jadual padat kalendar F1 yang perlu diambil kira.

“Banyak kali saya berkata, saya akan berhenti berlumba bukan kerana tidak lagi bermotivasi atau berasa perlahan,” kata Alonso.

“Tetapi ia mungkin kalendar F1 dan jadual perlumbaan padat yang saya rasakan perlu ada perkara lain dalam hidup ini yang perlu diberikan perhatian.”

Sumber: Harian Metro