Populariti Kuantan Dalam Anime Jepun Mampu Tarik Pelancong – Yu Man

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BERA – Kerajaan negeri akan memanfaatkan populariti Kuantan selepas nama bandar raya itu disebut dalam sebuah anime Jepun terkenal, Jujutsu Kaisen di media sosial baru-baru ini.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man berkata, situasi tersebut memberikan kelebihan buat sektor pelancongan di negeri itu.

Menurutnya, nama Kuantan yang kini menjadi sebutan buat peminat anime tersebut di seluruh dunia mampu menarik lebih ramai pelancong ke Pahang khususnya di bandar raya tersebut.

“Ada beberapa usaha akan dilakukan selepas ini, namun ia tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini.

“Kalau untuk pantai, sebenarnya Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam proses menaik taraf lokasi-lokasi terlibat secara berperingkat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Pemandu Bot Pelancong dan Malim Gunung 2023 bagi Daerah Bera dan Temerloh melibatkan 32 penerima terpilih di sebuah hotel dekat sini pada Khamis.

– SINAR HARIAN