Penduduk Bimbang Nampak Harimau Belang di Surau Pos Brooke

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

GUA MUSANG – Penduduk orang Asli di Gua Musang mulai bimbang apabila ternampak kelibat seekor harimau belang berkeliaran di kawasan surau berhampiran kawasan pejabat dan kuarters Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dekat Pos Brooke, Gua Musang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Brooke, Murad Mat berkata penduduk makin bertambah khuatir kerana sebelum ini sudahpun ada serangan yang berlaku dan terserempak dengan haiwan liar itu.

Beliau berharap pihak berwajib terutamanya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) daoat turut serta menangani masalah yang kian membimbangkan orang Asli di sekitar Gua Musang ini.

– BERITA HARIAN