Sultan Terengganu Titah Umat Islam Imarahkan Masjid Sepanjang Ramadan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU– Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan umat Islam agar menghidupkan suasana masjid dengan solat fardu serta sunat terawih pada setiap malam sepanjang Ramadan sebagai tanda menyambut dan menghargai kedatangan bulan ini.

Masjid-masjid di negeri ini juga digalakkan menjalankan program iftar bagi merapatkan ukhwah antara umat Islam yang kian terleka dengan kesibukan dunia hari ini.

Program tadarus yang dijalankan di masjid-masjid juga perlu ditambah baik dari semasa ke semasa kerana program tersebut adalah satu nilai tambah untuk umat Islam mendekatkan diri kepada ALLAH SWT,” titah baginda dalam Titah Perutusan Sempena Kedatangan Bulan Ramadan.

Melalui perutusan itu juga baginda menyeru supaya umat Islam memperbanyakkan amalan sedekah dan membayar zakat kepada amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

-SINARHARIAN