MITE Pahang 2024 Bakal Menyambut Lebih 10, 000 Pelawat Industri Pelancongan Dari Rantau Asia Tenggara

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Kerajaan Pahang menjangkakan lebih 10, 000 pelawat industri pelancongan termasuk pengusaha pelancongan dari rantau Asia Tenggara menyertai Malaysia International Tourism Expo (MITE) 2024 Pahang menerusi kerjasama Tourism Pahang, Oktober depan.

Memilih tempoh acara berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Oktober tahun ini, acara yang julung kali diadakan ini juga akan berlangsung di Sultan Ahmad Shah International Covention Centre.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, objektif penganjuran MITE 2024 adalah untuk menyediakan platform ‘perniagaan kepada perniagaan’ (B2B) kepada pemain pelancongan Asia Tenggara dan seluruh dunia.

Ia adalah satu usaha baharu antara agensi kerajaan dan pemain industri untuk menaikan nama Pahang khususnya Kuantan sebagai satu hab pertemuan pemain industri selain dapat memupuk kerjasama antara satu sama lain dan menawarkan seminar dan bengkel kepada pemain industri bagi mendapatkan pandangan dan pengetahuan.

“Selain itu, ia menggalakkan kemampanan, menyokong amalan pelancongan bertanggungjawab yang mengutamakan pemuliharaan alam sekitar, pemeliharaan budaya dan kesejahteraan penduduk tempatan, memastikan daya maju jangka panjang pembangunan pelancongan di rantau ini,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Yu Man berkata, pelbagai program dan aktiviti juga dirancang iaitu pameran pelancongan membabitkan penyertaan seluruh negeri di Malaysia, rantau Asia Tenggara dan juga seluruh dunia.

-Sinar Harian