Tugu Kento Nanami di Pahang Perlu Lalui Proses Penting

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Projek untuk membina tugu peringatan watak-watak anime Jepun, Kento Nanami masih belum dapat dimulakan.

Pada November tahun lalu, dalam episod 42 Jujutsu Kaisen, ahli sihir Kento Nanami sebelum meninggal dunia meluahkan hasrat untuk membina rumah dan menghabiskan masa dengan membaca buku di Kuantan.

Susulan itu, kerajaan Pahang merancang membina peringatan kepada Nanami yang tidak disangka-sangka menarik perhatian dunia terhadap pantai-pantai di Kuantan.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata,satu perbincangan sudah diadakan antara wakil kerajaan negeri dengan penerbit anime itu pada Disember tahun lalu.

Pembinaan tugu tertangguh lebih empat bulan dijangka mengambil masa susulan isu hak cipta dan beberapa perkara lain.

 “Perkara ini ambil sedikit masa kerana ia libatkan isu hak cipta dan pelbagai perkara lain.

“Kita kena melalui orang tengah untuk berhubung dengan pencipta anime.

“Namun kita juga cuba berbincang dengan syarikat yang memiliki hak cipta (watak) anime itu.

Dalam perkembangan lain, Yu Man memberi jaminan bahawa pelancong masih selamat untuk mengunjungi Pahang dan mempercayai Malaysia masih kekal sebagai sebuah negara yang selamat untuk dikunjungi.

-Sinar Harian