Perasan Tak, Kenapa Tiada Aiskrim Perisa Anggur?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Cuaca panas, musim panas memang paling enak dapat menikmati minuman sejuk atau apa jua makanan yang terhidang dengan sejuk nyaman.

Peti aiskrim di kedai-kedai runcit pasti mendapat perhatian kanak-kanak mahupun orang dewasa sebagai pelega tekak dan pemanis mulut. Kalau diikutkan sekarang memang sudah banyak jenis perisa boleh diolah dari buah-buahan malahan bunga-bungaan pun ada!

Sebelum anda sebut perisa aiskrim kegemaran anda, cuba periksa pernah tak anda makan aiskrim dari perisa anggur?

Kalau anda kata ‘ya, pernah’ berkemungkinan anda makan aisrim jenis ais tapi bukan pada krim iaitu aiskrim seperti perisa vanilla, coklat, strawberi dan lain-lain.

Kenapa agaknya sukar cari aiskrim anggur?

Gula-gula anggur memang ada sahaja dijual tapi lain pula dengan aiskrim. Antara penyebab jarang kita temui aiskrim anggur kerana cara penghasilannya agak sukar dan tidak memberikan tekstur krim lembut yang dimahukan.

Ini kerana anggur mempunyai kandungan air yang tinggi dimana sangat bagus sebagai sumber hidrasi. Namun apabila dibekukan untuk dijadikan sebagai aiskrim ia akan bertukar menjadi ais yang berketul-ketul.

Menurut Reader’s Digest, terdapat beberapa syarikat pengusaha aiskrim memajukan perisa anggur dalam jenama mereka namun kebanyakan ia gagal kerana tidak mendapat sambutan dan kebanyakan aiskrim menggunakan bahan perisa tiruan.

Ada pula kisah seram mengatakan aiskrim anggur telah menyebabkan kematian seekor anjing. Seorang lelaki telah membuat aiskrim perisa anggur untuk diberikan kepada teman wanitanya tapi ia telah dimakan oleh anjing milik wanita tersebut. Tidak lama kemudian, anjing itu berada dalam keadaan tidak sedar dan seterusnya mati mengejut.

Jadi wujudlah beberapa teori mengatakan untuk mencipta aiskrim anggur bukan secara suka-suka. Ia memerlukan sukatan yang tepat kerana anggur adalah buah yang sangat sukar untuk diolah pakai.

Sumber : Wanista