Kanak-Kanak Mangsa Culik, Albertine Leo Ditemui Selamat Di Batang Kali – Polis

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri Sabtu lalu, ditemui selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor.

Kanak-kanak itu ditemui bersama seorang suspek, lelaki tempatan berusia 31 tahun, pada jam 4.45 pagi Selasa.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata mangsa kini berada di hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Tambahnya ketika ditemui mangsa tiada kecederaan fizikal.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Pada Sabtu lalu, mangsa disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dilaporkan berkata, kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan rambutnya panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana.

Ketika hilang, kanak-kanak itu memakai baju t-shirt putih bergambar ‘Mickey Mouse’ dan berseluar pendek.

– AWANI