Pemimpin HAMAS Ismail Haniyeh Syahid Dibunuh di Iran

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TEHRAN: Ketua politik pasukan pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, lapor media antarabangsa sebentar tadi.

Pimpinan Hamas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan Ismail dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Tehran.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan pengawal Revolusi Iran memaklumkan, Ismail terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya.

Kenyataan sama menambah siasatan berhubung pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

– AWANI