29 Ekor Ular Sawa Bersarang Dalam Longkang Restoran

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SHAH ALAM – Sebanyak 29 ekor ular sawa ditemukan dalam saluran longkang di sebuah restoran di Seksyen 20 di sini, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan itu pada jam 9.56 malam.

“Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota mendapati ular sawa berkenaan masih berada di dalam saluran longkang sebelum memulakan kerja mengeluarkan reptilia itu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, anggota menggunakan alat penjerut dan berjaya menangkap 29 ekor ular terbabit.

“Ular tersebut kemudian dilepaskan di tempat yang selamat, sebelum anggota berkenaan pulang semula ke balai Bomba,” katanya.

– SINAR HARIAN