JAKARTA – Pempengaruh Cut Intan Nabila memuat naik video mengejutkan di media sosial yang menunjukkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya, Armor Toreador.
Video yang dimuat naik di akaun Instagramnya @cut.intannabila pada Selasa itu merakam pertengkaran antara pasangan itu dan memaparkan Cut Intan dipukul beberapa kali walaupun dia merayu agar dihentikan.
Pada satu ketika, bayi mereka turut ditendang oleh suaminya semasa pertelingkahan itu berlaku. Dilahirkan di Aceh pada 23 Mac 2001, Cut Intan berkahwin pada 2019 dan merupakan ibu kepada tiga orang anak.
Dalam keterangan video itu, beliau menjelaskan, “Maafkan saya jika selama ini saya mendiamkan diri dan menghasilkan kandungan yang mungkin menyinggung. Saya tidak pernah mendedahkan aib perkahwinan saya sendiri. Saya menjaga maruahnya, tetapi hari ini saya tidak dapat menanggungnya lagi.โ
Video itu telah mengejutkan ramai, terutama pendedahannya: “Saya telah bertahan demi anak. Ini bukan kali pertama saya mengalami keganasan rumah tangga. Saya mempunyai berpuluh-puluh video lain yang disimpan sebagai bukti.โ
Cut Intan juga mendedahkan bahawa sepanjang lima tahun perkahwinan mereka, suaminya telah terlibat dengan ramai wanita lain, termasuk rakan-rakannya.
Walaupun beberapa kali cuba berdamai, suaminya tidak pernah berubah.
Bekas atlet lawan pedang dan personaliti media sosial yang dikenali kerana kandungan solekan, fesyen, dan kata-kata inspirasi menulis: “Ternyata benar kecurangan dan keganasan rumah tangga tidak akan pernah berubah.โ
Pagi ini, Armor disoal siasat dan kini disyaki terlibat dalam keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak. – Bernama