2 Telefon PERCUMA dengan redONE Postpaid 5G SMART baharu sempena Merdeka!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

redONE Mobile tawar iPhone untuk dimenangi setiap minggu!

Berita baik untuk mereka yang sedang mencari telefon pintar terkini bagi menggantikan peranti yang sudah lama digunakan, juga yang sedang meneroka pilihan pakej bundle untuk pelan pascabayar yang mesra bajet di pasaran. redONE Mobile memperkenalkan pelan redONE Postpaid 5G SMART baharunya yang disertakan dengan sebuah telefon pintar 5G percuma atau pada harga terendah, untuk setiap langganan.

Lebih menarik, bersempena sambutan kemerdekaan pada bulan Ogos ini, pelanggan yang mendaftar pelan redONE Postpaid 5G SMART ini boleh memiliki bukan sahaja satu telefon pintar percuma, malah mereka juga layak untuk menyertai cabutan bertuah eksklusif untuk memenangi telefon pintar iPhone pada setiap minggu!

Antara ciri-ciri istimewa pelan redONE Postpaid 5G SMART adalah ia disertakan dengan data pantas tanpa had, akses tanpa had ke platform popular seperti YouTube, Facebook dan Instagram dalam HD, penggunaan internet tanpa had dalam HD untuk hiburan dan juga produktiviti berterusan untuk semua, serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Pengguna juga boleh menikmati capaian internet yang lebih baik dengan hotspot sehingga 60 GB melalui pelan ini, pada komitmen bulanan bermula RM68 sahaja. Apa yang lebih menarik lagi adalah, pelangggan yang port-in daripada pembekal perkhidmatan telco lain akan mendapat rebat bil bulanan automatik RM10 untuk 6 bulan pertama!

Untuk memenangi iPhone, caranya mudah sahaja. Pelanggan perlu mendaftar pelan redONE Postpaid 5G SMART di kedai redONE Mobile yang terdekat.  Setelah pendaftaran berjaya dibuat, pelanggan akan diberikan satu kod QR untuk borang penyertaan cabutan bertuah iPhone mingguan. Promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2024.

Jadi, apa tunggu lagi? Mungkin anda pemilik bertuah 2 telefon pintar baharu percuma untuk digayakan dalam bulan kemerdekaan ini! Cepat-cepat tukar ke pelan redONE Postpaid 5G SMART di kedai redONE Mobile berdekatan sekarang!

Untuk info lebih lanjut, layari https://bit.ly/PromosiBeli1Dapat2 .