29 Rumah Rosak Akibat Ribut di Perlis

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Semua aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Daerah Cameron Highlands ditutup sementara bermula 18 sehingga 22 September ini.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam kenyataan melalui Facebooknya menjelaskan, arahan penutupan itu ekoran ramalan cuaca dijangka ribut petir beserta hujan di daerah itu sepanjang minggu ini.

Menurut kenyataan itu, aktiviti yang terlibat termasuk pendakian di semua HSK Daerah Cameron Highlands, aktiviti rekreasi Taman Eko Rimba Mossy Forest dan perkhemahan di Taman Eko Rimba Sungai Pauh.

“Bagi tempahan pendakian dan perkhemahan yang dilakukan dalam tempoh penutupan itu, pemohon diminta menghubungi Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands untuk menjadualkan semula tempahan yang dilakukan tertakluk kepada kekosongan tarikh,” jelasnya.

Sementara itu, aktiviti operasi Titian Kanopi Taman Negara Pahang (TNP) turut ditutup ekoran kerosakkan akibat ditimpa pokok tumbang.

Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia melalui kenyataan di Facebooknya berkata, Pejabat Penguasa TNP akan menutup sementara operasi aktiviti Tititan Kanopi bermula pada 18 September sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

– SINAR HARIAN