Bas Bawa Tahanan Palestin Berlepas Dari Penjara Israel

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TEBING BARAT: Sebuah bas yang membawa tahanan Palestin yang dibebaskan berlepas dari penjara tentera Israel, Ofer, berhampiran Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki Israel pada awal pagi Isnin.

Pembebasan tahanan Palestin ini adalah bagi kepulangan tiga tebusan Israel pada Ahad.

Mengikut perjanjian itu, gencatan senjata tiga peringkat dimulakan dengan fasa enam minggu pertama di mana tebusan yang ditahan oleh Hamas akan ditukar dengan tahanan yang ditahan oleh Israel.

Sebanyak 33 daripada 98 tebusan Israel yang masih tinggal, termasuk wanita, kanak-kanak dan lelaki berusia lebih 50 tahun, dijadualkan dibebaskan dalam fasa pertama ini.

Fasa pertama gencatan senjata dalam konflik 15 bulan antara Israel dan Hamas mula berkuat kuasa selepas penangguhan selama tiga jam.

Bagaimanapun, pesawat tempur terus mengebom semenanjung Gaza.

– AWANI