Raikan Syawal dengan Tawaran Hebat & Ganjaran Menarik di SOGO!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sambut kemeriahan Aidilfitri dengan lebih jimat dan berbaloi hanya di SOGO! Bonanza Harga Istimewa Raya kini berlangsung sehingga 1 April 2025, menawarkan pelbagai tawaran eksklusif serta penjimatan hebat di seluruh SOGO, iaitu SOGO Kuala Lumpur, SOGO Central i-City di Shah Alam, SOGO The Mall, Mid Valley Southkey di Johor Bahru, dan SOGO Mayang Mall di Kuala Terengganu. Nikmati potongan sehingga 80% untuk barangan berjenama, termasuk kosmetik, wangian, pakaian, aksesori, produk kecantikan, kelengkapan rumah, dan banyak lagi.

Lebih menarik, SOGO dengan kerjasama Bank Islam menganjurkan peraduan istimewa ‘JOM BALIK KAMPUNG’, yang berlangsung sehingga 1 Jun 2025. Dengan pembelian minimum RM200 dalam satu resit, Ahli Kad-i Bank Islam layak menerima dua (2) penyertaan, manakala Ahli Kad SOGO akan memperoleh satu (1) penyertaan. Rebut peluang untuk memenangi hadiah lumayan yang bernilai RM130,000, termasuk sebuah Proton e.MAS 7 sebagai Hadiah Utama, sebuah motosikal Blueshark R1 sebagai Hadiah Kedua, serta Kad Hadiah SOGO bernilai RM3,000 untuk tiga pemenang bertuah sebagai Hadiah Ketiga. Selain itu, 2,000 pelanggan Kad-i Bank Islam yang terawal akan mendapat baucar RM10 SOGO dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menyertai peraduan ‘Cabutan Raya & Menang’, yang akan berlangsung pada 14 – 16 Mac dan 21 – 23 Mac 2025, dengan pembelian minimum RM200 dalam satu resit. Peraduan ini menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000, termasuk baucar SOGO, mesin espresso, vakum tanpa wayar, ketuhar gelombang mikro, penyejuk udara dan banyak lagi. Di samping itu, khas untuk Ahli Kad SOGO, nikmati Ganjaran Istimewa Raya dengan setiap pembelian RM200 dalam satu resit dari bahagian wanita, lelaki, serta sukan & arena fesyen pada 14 – 17 Mac 2025, anda akan menerima kredit RM15 melalui aplikasi MYSOGO.

Bagi pelanggan yang belum menjadi Ahli SOGO, anda boleh mendaftar secara percuma atau dengan memuat turun aplikasi mudah alih MYSOGO melalui Play Store atau App Store untuk menikmati lebih banyak ganjaran menarik. Untuk maklumat lanjut, layari www.sogo.com.my. Jangan lepaskan peluang untuk berbelanja lebih, menikmati tawaran hebat, dan membawa pulang hadiah istimewa hanya di SOGO!