UCL: Inter Milan Selamba Tewaskan Bayern Munich Di Allianz Arena

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KEMENANGAN 2-1 Inter Milan menjadi bukti bahawa Bayern Munich boleh ditewaskan meskipun bermain di Allianz Arena dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.

Asakan bertali arus daripada naib juara Bundesliga musim lalu itu hampir meruntuhkan semangat gergasi Itali itu dengan penguasaan sebanyak 59 peratus termasuk 20 percubaan secara keseluruhan.

Anak buah Simone Inzaghi harus menunggu sehingga minit ke-38 untuk memecahkan kebuntuan jaringan selepas umpanan penyerang Perancis, Marcus Thuram, membuahkan hasil untuk ketua pasukan, Lautaro Martinez, menyumbat gol pertama permainan.

Pelbagai gerakan dilakukan skuad kendalian Vincent Kompany untuk menyamakan kedudukan, namun segalanya tidak berjaya dan Bayern Munich kempunan menewaskan penjaga gol kebangsaan Switzerland, Yann Sommer.

Kemasukan legenda Jerman, Thomas Muller, merupakan strategi terbaik tatkala pemain berusia 35 tahun itu menghidupkan peluang tuan rumah untuk kembali dalam permainan dengan tampanan tepat menerjah jaring Inter Milan.

Berselang tiga minit kemudian, Davide Frattesi menjadi wira Inter Milan dengan hanya satu serangan balas melenyapkan sorakan gemuruh peminat Bayern Munich untuk pelawat membawa bekalan selesa ke tempat sendiri menjelang aksi kedua timbal balik nanti.

Sumber : AWANI