Adi Putra Luah Rasa Sedih jadi Artis Kepada Ibu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Selepas terpalit dengan kontroversi rumah tangga beberapa tahun lalu, lama Adi Putra berehat dari dunia lakonan. Pun begitu entri terbarunya meluahkan andai diundur masa Adi memilih untuk menjadi insan biasa menarik perhatian.

Menerusi Instagram, Adi memuat naik perbualan dengan ibunya mengenai jerih perit menjadi selebriti dan andai diundurkan masa, beliau mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa berbanding selebriti.

Jelas Adi, beliau sudah penat berbuat perkara baik namun masih tetap dipandang hina oleh netizen yang suka mencari kesalahan. Namun ibunya menasihati agar tidak mempedulikan kata orang asalkan Tuhan tahu apa kebaikan yang dilakukan.

Bagaimanapun perbualan Adi dengan ibunya membuatkan netizen tersentuh dan rata-rata menyokong apa yang dikatakakan oleh ibunya. Mungkinkah Adi sudah merajuk dan berputus asa dengan industri tanah air kita?

Sumber : Rotikaya