Cahaya matahari merupakan sumber vitamin D yang percuma dan mudah diperolehi. Kebanyakan orang bergantung kepada pendedahan cahaya matahari untuk memenuhi keperluan vitamin D mereka. Oleh itu, vitamin D juga dikenali sebagai vitamin “sunshine”.
Pendedahan muka, tangan, kaki atau belakang badan kepada cahaya matahari (tanpa menggunakan pelindung matahari) selama 5-30 minit antara 10:00 pagi ke 3.00 petang untuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu biasanya akan membekalkan vitamin D yang dapat memenuhi keperluan harian.
Oleh itu, penting untuk kita keluar berjemur bagi mendapatkan vitamin D yang cukup. Jika tidak, ini 10 tanda dan simptom yang kamu alami akibat kekurangan vitamin D.
#1 Demam Dan Selesema Ambil Masa Lama Untuk Sembuh
Tahukah kamu, salah satu peranan penting vitamin D ialah menjaga sistem imun. Apabila kamu kekurangan vitamin ini, ia mungkin membawa kamu lebih lama untuk mengatasi jangkitan dan virus kecil. Malah, dengan tahap vitamin D yang rendah mungkin membuatkan kamu lebih mudah diserang jangkitan saluran pernafasan seperti selesema, bronkitis, dan radang paru-paru.
#2 Kemurungan
Ya!
Kemurungan dan ketidakstabilan mood boleh dikaitkan dengan beberapa faktor fisiologi dan psikologi. Walaubagaimanapun, terdapat bukti saintifik yang menghubungkan kekurangan vitamin D kepada kemurungan, terutama orang tua. Kemurungan adalah masalah mental yang kompleks yang sebaiknya dirawat dengan bantuan pakar perubatan profesional, tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil suplemen vitamin D mungkin merupakan alat yang berguna dalam mengatasi masalah ini.
#3 Asyik Letih Walaupun Sudah Mendapatkan Rehat Yang Cukup
Keletihan boleh disebabkan banyak sebab, tetapi kekurangan vitamin D adalah salah satu daripadanya. Bahkan kajian mendapati bahawa tahap vitamin D yang sangat rendah menyebabkan gejala seperti keletihan kronik dan sakit kepala. Selepas memerhati 200 jururawat wanita, ramai yang mengadu kesakitan. Satu laporan mendapati 89% daripada jururawat sebenarnya kekurangan vitamin D.
#4 Sakit Belakang
Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan. Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang, kerana ia membantu badan kamu menyerap kalsium dan membina sistem rangka yang kuat. Apabila anda kekurangan sumber vitamin ini, maka kamu mungkin mempunyai masalah tulang dan sakit belakang.
#5 Rambut Nipis
Sekiranya kamu menyedari bahawa rambut tidak tebal dan subur seperti biasa, ia mungkin disebabkan vitamin D. Walaupun kajian terhadap kesan vitamin D pada keguguran rambut tidak begitu kuat, tetapi ia masih dikaitkan dengan hubungan antara tahap vitamin D yang dan keguguran rambut pada wanita. Tahap vitamin D yang sangat rendah juga boleh menyebabkan Rickets, penyakit yang menyebabkan tulang lembut dan rapuh. Rickets kadang-kadang dikaitkan dengan gangguan kehilangan rambut yang disebut alopecia areata.
#6 Bisul Atau Lebam Makan Masa Untuk Pulih
Benjolan kecil seperti bisul atau lebam mengambil masa yang lama untuk pulih juga antara tanda kamu kekurangan vitamin D. Sesetengah kajian mendapati bahawa vitamin cahaya matahari sebenarnya meningkatkan pengeluaran sebatian yang penting untuk proses membentuk kulit baru. Terdapat juga beberapa bukti bahawa vitamin D boleh membantu mengawal keradangan dan melawan jangkitan. Sekiranya anda mengalami kekurangan vitamin D, maka proses penyembuhan juga lebih sukar untuk pulih.
Selamat Beramal!
Sumber : Wanista