Tahukah anda bahawa makanan-makanan yang terdapat di dapur sebenarnya sangat baik untuk kesihatan anda dan dicadangkan oleh pakar nutrisi. Selalunya makanan hebat yang kita selalu dengar ialah avocado, kacang dan quino tetapi makanan ini semestinya tidak pernah ada dalam senarai shopping anda. Jangan risau! 11 makanan-makanan berkhasiat ini mudah didapati dan harganya juga berpatutan.
1. Oren boleh menjadi agen anti-penuaan pada kulit anda.
Oren mengandungi flavonoids, iaitu bahan yang merendahkan risiko strok iskemia kepada wanita. Ia juga padat dengan vitamin C, antioksida yang membantu melawan kulit rosak, mengurangkan kedutan dan melembutkan permukaan kulit.
2. Untuk pola hidup yang sihat, gantikan makan makanan manis kepada makan sebiji pisang.
Pisang mngandungi pectin, salah satu fiber yang merendahan kandungan gula dalam darah anda. Ia juga merendahkan risiko serangan jantung memandangkan mereka mempunyai kandungan potassium yang tinggi. Makan pisang juga membolehkan anda menurunkan berat anda disebabkan kandungan fiber mereka yang tinggi, dimana membuatkan anda kenyang lebih lama.
3. Amalkan makan yogurt untuk tingkatkan kecergaskan minda anda
Yogurt mengandungi kalsium yang merupakan kunci untuk mengekalkan tulang yang sihat. Ia dipenuhi dengan protein, penting untuk struktur otot dan fungsi otak anda. Ia juga merupakan sumber vitamin D yang baik, yang bukan sahaja membantu kalsium menguatkan tulang yang lebih sihat, tetapi baru-baru ini telah terbukti menjadi salah satu penghalang pertumbuhan sel kanser yang paling kuat.
4. Gunakan sayur-sayuran yang ditapai untuk pencernaan, mood, dan tidur yang lebih baik.
5. Makan kobis boleh menghindarkan diri anda dari masalah sistem penghadaman
Kobis juga membantu mengawal peredaran darah kerana membekalkan hampir secawan vitamin K yang dapat membantu pembekuan darah anda untuk mengelakkan pendarahan yang berterusan. Vitamin C dan antioksidan juga merupakan satu khasiat yang anda dapat dari memakan kobis.
6. Telur mempunyai pelbagai khasiat untuk mata anda.
Telur adalah sumber protein yang baik, terutamanya jika anda tidak makan daging. Selain itu, ia juga boleh mengimbangi tahap kolestrol. Telur boleh disklifikasikan sebagai makanan yang hebat kerana mengandungi choline yang merupakan bahan untuk mengekalkan struktur dan juga perkembangan otak. Wanita hamil sangat digalakkan makan telur.
7. Makan madu boleh menceriakan hidup seseorang.
Madu mengandungi antioksidan yang telah dikaitkan dengan mengurangkan tekanan darah. Ia kaya dengan antioksidan dan sifat antibakteria yang akan memberi rangsangan kepada sistem imun anda, menjadikan anda lebih kuat terhadap virus dan bakteria. Selain itu, ia adalah sumber polyphenol, kimia organik yang membantu mengekang dan melawan kemurungan dengan mengatasi tekanan oksidatif dalam sel-sel otak anda.
8. Oat juga boleh membekalkan protein yang diperlukan oleh tubuh anda.
Oat adalah sumber protein yang baik, terutama kepada vegetarian dan vegan. Mereka mengandungi serat yang tinggi, bahan yang bukan sahaja akan membersihkan tubuh anda, tetapi juga membantu anda mencegah kanser kolorektal. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung anda dengan mengurangkan kolesterol jahat yang ada dalam darah anda.
9. Kuatkan otot anda dengan bayam
Anda pernah menonton cerita kartu “Popoye The Sailor Man”? penah tertanya mengapa Popoye sering memakan bayam untuk menjadi kuat? Bayam mengandungi sumber zat besi dan magnesium yang dimana amat diperlukan badan untuk mengawal metabolisme, penyelenggaraan otot, dan tekanan darah yang baik.
10. Kacang kuda sebagai kombo potein dan fiber dalam diet permakanan anda.
Kacang kuda penuh dengan protein yang tinggi, asas utama dalam organ, kulit, tendon, enzim, dan lain-lain. Manfaat lain adalah jumlah serat yang tinggi, yang dapat meningkatkan pencernaan anda. Kombo protein dan serat ini menjadikan kacang kuda sebagai salah satu makanan paling sihat.
11. Blueberi menguatkan ingatan anda.
Blueberi mengandungi flavonoids seperti oren yang merupakan bahan yang menghalang strok iskemia dalam kalangan wanita. ianya juga merupakan sumber vitamin c dan mengandungi anti-penuaan yang melembutkan dan menganjalkan kulit kita. Disamping itu, ia juga sangat berguna untuk meningkatkan kawalan otak supaya tidak mudah lupa.
Sumber: Brightside