Lauk singgang merupakan makanan yang amat sinonim dengan orang di Pantai Timur. Mudah dimasak dan rasanya yang enak pastinya dapat memikat selera sesiapa sahaja tidak kira usia. Namun, ada juga yang masak juadah singgang ini berbeza pula warna kuahnya mengikut kepada tradisi dan selera masing-masing.
Kalau selalu hanya makan singgang ikan sahaja, apa kata kali ini anda cuba pula masak singgang daging. Singgang daging pun merupakan antara bahan yang popular dan sering digunakan oleh masyarakat Pantai Timur. Dapat pula kalau makan bersama cili budu, memang boleh tambah berpinggan-pinggan!
RESEPI DAGING SINGGANG PALING MUDAH DAN SEDAP
BAHAN-BAHAN
-400gram daging lembu segar (potong kecil)
-2 inci lengkuas (potong menyerong)
-1 biji bawang merah (mayang je)
-8 biji bawang putih (ketuk je)
-2 keping asam keping
-10gram ketumbar (ditumbuk)
-400ml air putih (agak-agak je)
-Garam dan gula
CARA PENYEDIAANNYA
1. Tumbuk dulu biji ketumbar separuh hancur. Ketuk bawang putih. Mayang bawang merah dan hiris lengkuas.
3. Satukan semua sekali. Letak air dan panaskan dengn api yang slow. Nak bagi daging masak dan lembut.
4. Dah mendidih, masukkan gula dan garam. Biarkan ia mendidih sehingga betul-betul empuk.
5. Boleh masukkan cili kering nak nampak best. Hehe. Dah siap. Selamat mencuba.
Dah siap! Memang nampak menyelerakan.
Sumber: Sirap Limau