“Aduh, lecehlah nak create account ni. Asyik nak kena ingat password je. Alah guna yang senang jelah. Nanti buat canggih-canggih, aku yang lupa.”
Dalam zaman serba-serbi yang online ni, memang banyak akaun yang diperlukan secara maya, contohnya akaun bank, akaun laman sosial, akaun apps shopping, dan banyak lagi.
Semua akaun ini memerlukan kata laluan atau password bagi tujuan keselamatan.
Kadang tu kita ambil mudah saja tentang password ni kan? Yalah, nak buat panjang-panjang pun takut diri sendiri yang lupa.
Tapi, tahukah anda bahawa mereka yang menggunakan kata laluan yang mudah ini sering menjadi sasaran utama para hackers. Malah, menurut laporan, berjuta-juta mangsa ini menggunakan password yang mudah dan digunakan oleh ramai orang.
CIRI KATA LALUAN YANG TERUK
Terbaru, pihak National Cyber Security Center di UK (NCSC) telah menyenaraikan kata laluan yang paling selalu digodam.
Seperti yang kita boleh agak, kata laluan yang teruk ini amat mudah digodam sebab ianya terlalu senang diteka dan digunakan oleh ramai orang.
Antara ciri kata laluan yang teruk adalah
- Nombor yang berturutan atau berulang seperti 123456, 56789, atau 111111
- Nama sendiri
- Pasukan bola sepak yang disokong
- Karakter fiksyen seperti Superman, Batman dan sebagainya
20 KATA LALUAN PALING LEMAH YANG PALING BANYAK DIGODAM
Menurut data National Cyber Security Center, sebanyak 23.2 juta kata laluan yang digodam menggunakan kata laluan “123456”. Manakala di tempat kedua adalah kata laluan “123456789”.
Berikut adalah senarai kata laluan yang paling mudah dan banyak digodam dan patut kita elakkan.
1. 123456 (23.2 juta)
2. 123456789 (7.7 juta)
3. qwerty (3.8 juta)
4. password (3.6 juta)
5. 1111111 (3.1 juta)
6. 12345678 (2.9 juta)
7. abc123 (2.8 juta)
8. 1234567 (2.5 juta)
9. password1 (2.4 juta)
10. 12345 (2.3 juta)
11. 1234567890 (2.2 juta)
12. 123123 (2.2 juta)
13. 000000 (1.9 juta)
14. Iloveyou (1.6 juta)
15. 1234 (1.3 juta)
16. 1q2w3e4r5t (1.2 juta)
17. Qwertyuiop (1.2 juta)
18. 123 (1.02 juta)
19. Monkey (980, 209)
20. Dragon (968,625)
Selain daripada kata laluan ini, terdapat juga kata laluan lain yang biasa digunakan seperti nama pasukan bolasepak terkenal, antaranya:
- liverpool (280,723)
- chelsea (216,677)
- arsenal (179,095)
- manutd (59,440)
- everton (46,619)
Nama-nama karakter dan penyanyi juga kerap dijadikan kata laluan, contoh yang popular termasuklah:
- superman (333,139)
- blink182 (285,706)
- naruto (242,749)
- tigger (237,290)
- pokemon (226,947)
- batman (203,116)
- 50cent (191,153)
- eminem (167,983)
- metallica (140,841)
- slipknot (140,833)
PENTINGNYA MEMILIH KATA LALUAN YANG BAIK
Pemilihan kata laluan yang baik amat penting untuk kita melindungi data peribadi masing-masing. Mungkin ada yang terburu-buru masa nak set up akaun secara online dan buat apa-apa password dulu sebelum tukar kepala yang lain. Walaupun kita rasa remeh, tapi sekali bila dah terkena memang susah dibuatnya!
Bayangkan kalau kita ambil mudah, bukan hanya duit kita boleh lesap, tapi identiti kita juga mungkin akan digunakan dalam transaksi atau spam yang kita sendiri tak pernah tahu!
Jadi, janganlah malas nak fikirkan kata laluan yang rahsia ya.
Sumber: Sirap Limau