Sejak kebelakangan ini, ramai ibu-ibu mula berkongsi cara mudah menyediakan makanan buat keluarga di bulan Ramadan. Kebanyakan mereka akan menyimpan stok makanan selama seminggu atau sebulan dengan cara membekukan makanan itu.
Walaupun begitu, ada segelintir orang yang tidak setuju dengan cara ini kerana beranggapan ianya kurang sihat. Menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), individu ini berkongsi cara selamat dan sihat simpan makanan di tempat beku.
Cara bekukan makanan
Disebabkan ramai yang belum tahu cara untuk bekukan makanan, jadi saya nak share sedikit info yang saya tahu hasil bacaan saya.
Menurut coretan seorang doktor cara paling selamat untuk bekukan makanan ialah:
– Bekukan terus selepas dimasak. Suam-suam sikit dah boleh simpan.
– Bahagikan makanan tersebut ke dalam bekas kecil untuk sekali makan sahaja.
– Apabila makanan yang dibeku telah dipanaskan tidak selamat untuk dibekukan lagi.
– Jangan bekukan makanan yang baki/lebihan selepas dimakan. Mesti bekukan yang baru dimasak.
– Pilih bekas yang selamat untuk sejuk beku.
Masak 3/4 serta pekat
Info tambahan dari sumber-sumber lain:
– Jika stok makanan tersebut untuk 3-4 hari tidak perlu dibekukan. Memadai sekadar simpan di tempat sejuk sahaja.
– Makanan yang dibekukan dengan suhu yang sempurna boleh bertahan lebih dari sebulan.
– Untuk mengekalkan kesegaran makanan, bekukan makanan yang 3/4 masak serta pekat. Apabila dipanaskan nanti baru tambah air, sayur dan sebagainya.
3-4 hari jangan bekukan
– Gambar lama.
– Saya selalu sediakan stok makanan untuk anak-anak setiap kali saya ada urusan di tempat yang jauh.
– Jika sekadar 3-4 hari saya tidak bekukan. Jika lebih dari tempoh tersebut baru saya simpan di tempat beku.
– Saya tandakan “K” (kuah) supaya bibik tahu makanan perlu dipanaskan satu yang kering dan satu yang berkuah untuk setiap kali makan.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih semua.
Sumber: Oh Bulan