Dah Masuk Waktu Imsak Boleh Sahur Lagi Ke Tak? Ya Masih Boleh, Ini Sebabnya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Ramai di antara kita yang keliru dengan tibanya waktu Imsak, adakah kita tidak dibenarkan makan terus ataupun sebaliknya. Menerusi Twitter PU Rahmat menerangkan tentang apa itu waktu Imsak dan adakah benar tidak boleh makan sekiranya waktu Imsak telah tiba. Hal ini turut diterangkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui laman web rasminya.

Menurutnya, waktu Imsak boleh diibaratkan seperti lampu isyarat berwarna kuning di mana kita perlu bersedia untuk memberhentikan kenderaan. Dengan ini, cara mudah untuk difahami ialah waktu Imsak kita disunatkan untuk berhenti makan dan waktu untuk kita berjaga-jaga kerana ianya menandakan waktu subuh bakal tiba.

Lebih afdal meninggalkan makan dan minum sedikit

Dia turut menerangkan maksud Imsak menerusi Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. Selain itu, merujuk kepada al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/189) tujuan penandaan waktu imsak ini ialah sebagai langkah mengelakkan syak, sama ada sudah terbit fajar atau belum, dengan afdal meninggalkan makan dan minum sedikit masa sebelum terbitnya fajar.

Mengelakkan syak sama ada sudah fajar atau belum

Dia turut menegaskan bahawa tujuan penandaan waktu Imsak adalah untuk mengelakkan syak sama ada sudah terbit fajar atau belum. Jadi lebih afdal untuk tidak makan dan minum sedikit sahaja sebelum terbit fajar.

Manakala waktu imsak dalam erti kata puasa itu sendiri ialah wajib menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, bermula terbitnya fajar sehingga tenggelamnya matahari, seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2/187).

Sumber: PU RahmatPejabat Mufti WP