Nama makanan yang paling korang benci, paling tak suka makan?
Kalau penulis buah ciku kerana rasanya yang pelik, udang sebab tak suka rasa manis makanan laut, kuning telur yang agak menjijikkan… Penulis cukup tak berkenan dengan kuning telur.
Tapi Telur banyak khasiatnya – kajian menunjukkan anak lebih bijak kalau si ibu mengamalkan telur setiap hari, suara yang sumbang jadi merdu kerana telur, kamu mampu mendapatkan bentuk badan ideal kerana telur mengenyangkan serta bermacam lagi makanan yang kaya dengan sumber Protein ini.
Nak tahu telur tak elok simpan dalam peti ais serta banyak lagi rahsianya…
Putih telur lebih berkhasiat daripada keseluruhan telur
Putih telur hanya mempunyai 17 kalori daripada 72 kalori untuk satu telur dan tidak mempunyai lemak. Tetapi lemak dalam kuning telur sebenarnya baik untuk sarapan yang seimbang, lemak membuatkan anda rasa lebih puas bila makan.
Putih telur tinggi dengan sumber protein
Putih telur memang dikenali membekalkan sumber proten yang tinggi dan rendah kalori. Ini bukan bermaksud kuning tidak baik untuk kesihatan. Kuning juga ada kebaikannya, ambil kuning telur, ia bukan sahaja akan mendapat lemak yang sihat dan meningkatkan nutrien, tetapi anda juga akan menggandakan kandungan protein sarapan.
Telur ayam warna coklat lagi berkhasiat daripada yang warna putih
Di Malaysia, ayam berwarna putih amat jarang ditemui dan ini menyebabkan tiada telur ayam berwarna putih dijual di sini. Dan pendapat yang mengatakan bahara telur ayam berwarna coklat lebih mahal kerana ianya mengandungi kandungan omega-3 yang lebih tinggi daripada telur berwarna putih adalah salah faham semata-mata. Tiada perbezaan ketara antara kandungan nutrisi telur putih atau telur coklat. Secara puratanya, saiz telur berwarna coklat ini lebih besar daripada telur putih dan ini mungkin menyebabkan ianya dijual lebih mahal.
Jangan simpan telur di tray penyimpanan bahagian pintu peti sejuk
Jika anda ingin menyimpan telur di dalam peti sejuk, pastikan anda tidak menggunakan ‘tray’ telur di bahagian pintu peti sejuk. Telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan ia tahan lama dan jika anda menyimpan telur di rak pintu peti sejuk, suhu akan terjejas dan tidak seimbang malah tempias pada khasiat telur itu sendiri. Bayangkan sahaja anda kerap membuka dan menutup pintu peti sejuk. Sebaiknya, simpan telur di bahagian lain seperti di dalam laci peti sejuk tersebut supaya suhu sentiasa stabil untuk menjamin kualiti dan rasa telur apabila dimasak.
Telur berbintik hitam maksudnya tak sihat
Pastikan anda menggunakan telur yang segar untuk membuat kek dan biskut. Uji kesegaran telur dengan meletakkan telur ke dalam gelas berisi air. Jika telur tenggelam ke dasar, bermakna telur masih segar. Telur yang masih segar, warna kulitnya cerah. Telur yang sudah agak lama, sedikit kusam dan timbul bintik-bintik hitam. Untuk membuat biskut jangan gunakan telur bersaiz AA kerana kandungan cecair yang berlebihan akan membuatkan doh lembik. Cukup sekadar telur saiz B.
Sekarang dah tahu rahsia telur.. Selamat Beramal!
Sumber: Wanista