Kalau anda sanggup membeli pencuci yang mahal untuk membersihkan kediaman, tip ini mungkin dapat membantu anda lebih jimat.
Selain digunakan untuk memasak, cuka yang sentiasa ada di dapur juga boleh digunakan untuk tujuan pembersihan sekitar di rumah. Malah hasilnya juga sama dengan menggunakan pencuci. Anda boleh gunakan cuka untuk membersihkan 5 bahagian ini:
1. Hapuskan kotoran pada karpet
Jika karpet terkena kotoran, campurkan cuka dan air dalam nisbah yang sama. Kemudian semburkan air cuka pada bahagian yang kotor. Biarkan selama dua minit selepas itu gosok kotoran dengan kain kering sehingga hilang.
2. Cuci mangkuk tandas
Air cuka juga boleh digunakan untuk membersihkan mangkuk tandas termasuk pada kotoran yang degil. Sembur air cuka lalu gosok dengan berus tandas.
3. Bersihkan cermin tingkap dan kaca
Campurkan cuka dan air dengan nisbah 50:50 kemudian lap pada permukaan cermin dan kaca sebelum dibersihkan dengan kain lembut.
4. Cuci lantai sampai berkilat
Petuanya ambil setengah baldi air campurkan dengan setengah penutup pelembut pakaian serta lima titik cuka. Kacau semua dan mop lantai seperti biasa. Hasilnya lantai akan bersih dan berkilat.
5. Lantai bilik mandi berkerak pun hilang
Kalau lantai bilik mandi berkerak, selain tuang Clorox boleh juga menggunakan cuka untuk membersihkannya.
Caranya campurkan garam dengan air cuka dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan pada lantai yang berdaki atau kotor. Gosok dengan berus kemudian bersihkan dengan air.
Sumber: Vanilla Kismis