Oleh Najmi Mamat
Ramai menyangka fakta seperti lobak merah membantu mata untuk melihat dalam gelap, buah oren sumber terbaik untuk vitamin C dan elak makan buah pada waktu petang adalah betul dan tepat.
Sebaliknya, fakta itu ternyata salah menurut pakar nutrisi. Malah, kajian yang dijalankan terhadap 2000 orang dewasa mendapati ramai mempercayai mitos tersebut.
Meskipun ramai percaya bahawa makan buah-buahan dengan kuantiti yang banyak boleh mereputkan gigi, Dr Emma Derbyshire, pakar nutrisi dari Britain menjelaskan bahawa gula yang terkandung di dalam buah-buahan tidak boleh berbuat sedemikian.
Selain mitos mengatakan lobak merah boleh menjadikan mata untuk melihat dalam gelap, berikut ialah lima mitos yang dipercayai ramai dan ini penjelasan dari pakar nutrisi.
‘Buah oren sumber terbaik vitamin C’
Buah strawberi sebenarnya mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding oren (57mg/100g berbanding 42mg/100g). Hanya dengan tujuh biji, strawberi boleh membekalkan vitamin C yang dapat membantu sistem imunisasi sekaligus mengurangkan keletihan.
‘Memasak buah dan sayur menghilangkan zat nutrisi’
Memasak sememangnya dapat menghilangkan zat nutrisi terutamanya pada vitamin yang sensitif kepada haba seperti zat garam dan vitamin C. Walaubagaimanapun, dalam situasi lain, manfaat kesihatan dapat diperoleh dengan cara memasak.
‘Coklat mengandungi aphrodisiac – perangsang nafsu’
Apa itu ‘aphrodisiac’? Aphrodisiac atau pembangkit ghairah ini merujuk kepada sejenis bahan yang dapat menaikkan nafsu orgasme. Ia dikatakan terkandung di dalam coklat. Namun, tiada bukti yang kukuh bahawa coklat tergolong dalam jenis makanan tersebut. Ini kerana jumlah kandungannya hanya sedikit.
‘Tujuh tahun untuk mencerna gula-gula getah’
Walaupun perut mencerna gula-gula getah tidak sama seperti makanan lain tetapi ia tetap melalui sistem pencernaan yang sama. Jadi, proses pencernaan bagi gula-gula getah yang mengambil masa selama tujuh tahun itu adalah tidak benar.
‘Lobak merah membantu anda untuk melihat dalam gelap’
Meskipun fakta ini salah, namun lobak merah mengandungi vitamin A yang bagus untuk deria penglihatan.
Sumber: Mirror.co.uk