Sambutan Maulid Nabi manifestasi sebuah penghayatan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Sumber : CNN Indonesia

Menjadi kebiasaan dalam masyarakat, mereka akan menyambut hari lahir sesearang yang istimewa, menatariaskan majlis yang indah-indah, membelikan kek dan berkumpul bersama-sama. Begitu juga dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW, apabila tiba hari kelahirannya, umat Islam bersungguh-sungguh merayakannya.

Masyarakat muslim bersungguh merayakan Maulid kerana ia bertujuan menghargai dan simbol kesyukuran atas perjuangan yang dibawa aleh aleh Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana kita maklum bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah, pada diri Baginda lah kita jadikan tuntunan tauladan dan akhlaknya sebagai panduan. Muhammad SAW adalah kekasih Allah yang agung, dengan merayakan kelahirannya

Setiap tahun apabila tibanya hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ada yang akan merayakan Maulid dengan membaca manakib Nabi Muhammad dalam Kitab Maulid Barzanji, Maulid Simtud Dhurar, Dibai’,membaca Qasidah Burdah, memperbanyakkan zikir dan sebagainya.

Bagi negara seperti Turki, ada sebahagian majlis Mawlid dirayakan dengan tarian kesufian dan ada yang melaksanakan majlis zikir lalu dihadiri aleh masyarakat sekitar. Di negara Brunei pula, pasti akan ada perarakan agung yang akan dipimpin aleh Sultan. Bermacam-macam bentuk sambutan, namun tujuaanya hanya satu, agar terus meningkatya cinta Umat terhadap Muhammad. Negara seperti Malaysia, Brunei Darussalam, Indanesia dan  Turki telah menjadikan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabi’ul Awal ini sebagai hari cuti umum. Dengan adanya hari cuti ini, masyarakat majariti Islam di negara tersebut dapat bercuti dan memberi fakus terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Sejarah sambutan Mawlid Nabi

Berdasarkan Imam Ibnu Kathir menerusi kitabnya Al-Bidayah Wa An-Nihayah menjelaskan antara sambutan terawal Maulidur Rasul dibuat oleh Raja al-Muzaffar yang menganjurkannya pada Rabiulawal dengan membuat perhimpunan secara besar-besaran.

“Beliau membelanjakan sebanyak 300,000 dinar setiap tahun untuk menyambut Maulidur Rasul di Ibril yang terletak berdekatan Syam, bermula 604 Hijrah hingga dihadiri rakyat yang datang dari segenap tempat.

“Raja al-Muzaffar dikatakan searang alim, adil dan sanggup mengeluarkan hartanya dengan begitu banyak demi menyambut Maulidur Rasul kerana baginda mengetahui keagungan Nabi Muhammad SAW dan jasa terhadap umatnya yang kalau dikeluarkan seluruh harta dunia sekalipun tidak akan mampu membalas jasa itu,” katanya.

Pandangan Ulama mengenai Sambutan Maulid

Antaranya ulama yang mengharuskan Sambutan Maulid ialah :

Syeikh Abu Shamah atau nama sebenarnya, Syeikh Abdul Rahman bin lsmail al-Maqdisi (salah searang Syeikh Dar al-Hadith di Damsyik) berpendapat : Adalah dibolehkan sambutan Maulidurrasul berdasarkan amalan oleh tokoh ulama’ zaman dahulu antaranya di Irbil (salah satu wilayah di lraq).

Selain itu, antara tokoh-tokoh ulama’ silam dan kontemparari yang berpegang kepada keharusannya dan termasuk dalam bid’ah hasanah ialah :

  • lmam Jalaluddin al-Suyuti
  • lmam Ibn Hajar al-Haithami
  • Syeikh lbn  al-Hajj al-Abdari
  • lmam Ibn al-Battal
  • Al-Hafiz Shamsuddin Muhammad  bin Nasiruddin al-Dimashqi
  • Al-Hafiz Shamsuddin bin al-Jazari
  • Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
  • Syeikh  Dr.  Wahbah al-ZuhaiIi
  • Syeikh  Abdul Halim Mahmud
  • Syeikh Atiyyah Saqr
  • Syeikh Muhammad  Mutawalli  al-Sya’rawi  dan lain-lain.

Antara hujahnya  juga  adalah fatwa  dan pandangan ulama’ seperti berikut

  • Ibn Hajar al-Asqalani ketika ditanya tentang hukum perayaan Maulid  al-RasuI menjawab : “Asa dalam amalan sambutan / peringafan Maulid adalah bida’ah yang tidak diriwayatkan dari ulama Salat al-Soleh. Akan  fefapi  Maulid  fersebut mengandungi banyak kebaikannya. Maka barangsiapa yang berusaha meraih kebaikan dalam Maulid dan menjauhi yang buruk maka termasuk bid’ah yang baik {hasanah}. lika tidak maka fidak disebuf bid’ ah hasanah. ” (Al Haawi Lil Fataawa aleh lmam al-JaIaluddin al-Suyuti)
  • Syeikh Muhammad Bakhit  AI-Musa  (Mantan Mufti Mesir)

“Justeru setiap apa yang dijadikan ketaatan dan unfuk mendekatkan diri kepada Allah yang tidak ditentukan syariat(Allah) waktu tertentu dan tidak pula tempat tertentu maka boleh bagi setiap mukallaf unfuk melakukannya pada setiap waktu dan tempat, dan begitu juga setiap yang tidak termasuk dalam larangan  umum afau khusus daripada syariat maka hukumnya Mubah/harus, dan apa yang selainnya {yakni ada larangan) adalah bid’ah yang haram afau makruh. Maka wajib untuk menghindarinya dan menghalangnya”

(Muhammad Bakhit al-Muti’i, Ahsan al-Kalam Fi Ma Yata’allaqu Bi al-Sunnah Wa al Bid’ah Min Ahkam, M.74.)

Membangunkan generasi cintakan Umat

Dengan ancaman glabalisasi pada dunia hari ini,  pengaruh kuning dunia barat telah mula menyerap ke dalam sanubari pemuda pemudi Muslim yang mana tanpa sedar  telah mengikis sedikti demi sedikit jati diri sebagai searang Muslim. Pengaruh barat tidak zahir secara nyata, namun terzahir dari sudut akhlak, pemikiran , pemakaian dan banyak lagi.

Dengan adanya sambutan Maulid, sedikit sebanyak ia mampu menghangatkan kembali cinta dan kasih terhadap junjungan Nabi yang semakin pudar. Siapa tahu, perkenalan singkat dengan qasidah Nabi, mewujudkan bibit-bibit cinta dan terus berakar umbi di dalam jiwa insan. Peranan Maulid tidak sekadar menjadi hiburan rahani, namun majlis dakwah yang bertujuan menggerakkan hati-hati manusia mencintai Nabi Muhammad SAW.

Akhir kata, jangan menjadikan amalan mencintai nabi ini satu ritual ibadah yang bermusim namun menjadikannya ia sebagai satu keperluan dan kewajiban dalam kehidupan seharian. Amalan ini perlu diteruskan dan ditingkatkan setiap hari bagi menunjukkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW.

Sumber –  Bayan Linnas Maulid Ar-Rasul : Mesej Kesatuan Ummah, Berita Harian