Di Beirut, Organisasi Teater Seenaryo di Lubnan mengajar drama, tarian dan lagu kepada masyarakat yang terpinggir bagi membina keyakinan dan harga diri melalui seni kreatif. Menariknya guru pengajarnya merupakan sebuah aplikasi sokongan yang membawa teknik pembelajaran baru yang lebih imaginatif ke ratusan bilik darjah di Jordan dan Lebanon.
Organiasi Seenaryo telah ditubuhkan pada tahun 2015 oleh dua pemastautin dari Britain iaitu Victoria Lupton dan Oscar Wood. Sekarang ini mereka menjalankan bengkel teater Seenaryo secara intensif selama lima hari meskipun berlakunya wabak Pandemik. Projek terbaru mereka bersama dengan rumah anak yatim Dar Al-Aytam Al-Islamiya di Beirut diadakan sejak September dengan menjaga jarak sosial.
Seramai 30 budak lelaki dan perempuan, bahkan terdapat sebahgian orang dewasa turut serta dalam setiap bengkel yang diadakan. Di dalam bengkel ini, mereka perlu melalui latihan penambahbaikan, menyusun idea untuk melaksanakan acara persembahan muzikal, penulisan skrip , lirik lagu, dan menguasai tarian asas. Kumpulan ini kemudian akan mempersembahkan persembahan mereka kepada penonton tempatan.
“Apa yang ingin kami cuba lakukan ialah untuk menyokong peserta kami agar mereka dapat merasakan hak dan pemilikan atas kehidupan mereka sendiri. Dengan keyakinan mereka ini, mereka dapat menyumbang kepada komuniti mereka serta dapat memberi kesan kepada kehidupan mereka sendiri dan orang-orang di sekitar mereka,” kata Lupton . “Pembelajaran dan teater berasaskan persembahan dilakukan dengan membina kemahiran insnaiah – yang mana antaranya merupakan kemahiran komunikasi dan empati atau membina keyakinan dan merasakan diri berharga.”
Pada mulanya, Seenaryo hanya melibatkan diri dengan pelarian Syria dan Palestin. “Sangat cepat, dalam masa satu tahun, kami menyedari bahawa keduanya masih tidak cukup membantu dari sudut keregangan sedia ada antara komuniti dan memperolehi peggerak yang diperlukan sekiranya kami hanya fokus kelas ini kpada golongan pelarian, justeru kami memperluas fokus untuk bekerja dengan semua orang yang terpinggir tanpa mengira kewarganegaraan,” Tambah Lupton
“Teater mempunyai kekuatan untuk menyatukan komuniti dan memberi perasaan seperti kami sebuah keluarga.”
Victoria Lupton
Pada tahun 2019 sahaja, Seenaryo mementaskan 15 produksi teater asli di Jordan dan Lebanon. Selain daripada pengasas bersama, kebanyakan kakitangan adalah dari komuniti setempat. Organisasi tanpa untung itu juga menjalankan beberapa persembahan koir untuk kanak-kanak dan wanita yang menyanyikan muzik dari seluruh dunia serta lagu-lagu asli yang ditulis oleh para peserta.
Akibat kemasukan kanak-kanak pelarian, ia telah membebankan sistem pendidikan di Lubnan dan Jordan. Kerana pengajaran berkualiti rendah ia menyebabkan kanak-kanak cenderung untuk berhenti sekolah, sementara guru yang tertekan pula sering berhenti dari mengajar. Bagi mengatasinya, Seenaryo membuat modul latihan bagi guru yang dilancarkan tahun ini yang hadir dalam bentuk aplikasi, Playkit, bagi menyokong para pendidik yang mengajar kanak-kanak berusia tiga hingga lapan tahun.
“Strategi kami bersesuaian dan memenuhi strategi nasional berhadapan dengan populasi baru ini dengan membantu meningkatkan kualiti pengajaran,” kata Lupton. “Playkit adalah jalan pintas teknik pembelajaran abad ke-21. Dengan usaha kecil ini, ia dapat memberi kesan transformatif pada bilik darjah dan membantu para guru menjaga kanak-kanak di sekolah.
Terdapat beratus-ratus aktiviti berasaskan permainan yang disediakan di dalam aplikasi tersebut termasuk permainan, lagu, cerita interaktif dan alat untuk membantu pengurusan bilik darjah. Ia berbentuk video , kad imbas, muzik dan arahan pengajaran langkah demi langkah. Antara subjek yang diajarkan ialah subjek bahasa, matematik, kesihatan, alam manusia dan alam semula jadi , serta pembelajaran sosial dan emosi. Aplikasi ini tersedia dalam bahasa Arab, Inggeris dan Perancis