Jumlah kematian akibat gempa berkekuatan 6.6 skala ritcher magnitud yang melanda bandar ketiga terbesar di Turki, Izmir meningkat kepada 70 lebih, dengan usaha keras para penyelamat berlari sepanjang masa untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di sebalik bangunan runtuh sepanjang hujung minggu.
Gempa bumi yang berlaku pada petang Jumaat yang melanda Timur Aegean Turki dan utara Pulau Samos di Greece telah menyebabkan banyak bangunan runtuh di bandar Izmir dan telah menyebabkan pelbagai tahap kerosakan terhadap ratusan bangunan, termasuk yang berlaku di negara jiran.
Pihak berkuasa Turki menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh, manakala 940 yang lain cedera. Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca juga menyatakan pada hari Ahad 218 mangsa yang dijumpai masih berada di hospital untuk menerima rawatan. Lapan orang masih berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala tiga orang masih berada dalam keadaan kritikal.
Dalam beberapa minit, pasukan mencari dan menyelamat dari Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) dihantar ke tempat kejadian. Mereka kemudian dibantu oleh pasukan dari Persatuan Penyelidikan dan Penyelamatan bukan kerajaan (NGO) (AKUT), sementara Bulan Sabit Merah Turki (Kızılay) merawat mereka yang cedera. Ketika malam menjelang, seluruh pemerintah Turki digerakkan dengan institusi dan menterinya, kerana banyak dari mereka tiba di Izmir untuk mengawasi operasi secara peribadi.Menurut Menteri Alam Sekitar dan Urbanisasi, Murat Kurum, sekitar 5 000 anggota penyelamat, 20 anjing penghidu dan 751 kenderaan telah dihantar ke Bandar Azmir itu pada awal Sabtu.
Akibat gempa bumi yang mengejutkan itu, ramai warga kota yang tidur di jalanan, kerana terlalu takut untuk kembali ke rumah mereka, meskipun rumah mereka tidak mengalami kerosakan. Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk di Izmir untuk tidak kembali ke bangunan yang rosak, kerana masih ada risiko bangunan runtuh. Bagi keluarga yang masih ketakutan untuk bermalam, khemah dipasang untuk mereka tinggal sementara. Menurut pihak berkuasa , terdapat lebih daripada 800 gempa bumi yang menyusul sejak hari Jumaat, puluhan di antaranya lebih kuat daripada gempa berkekuatan 4.0, menyukarkan pencarian mereka yang dipercayai masih hidup di bawah runtuhan bangunan.
Ancaman virus
Semasa Gempa ini terjadi ketika, Turki juga seperti negara lain dimana mereka sedang berjuang dengan pandemik koronavirus yang menaik angkanya.
Melihat daripada situasi penduduk yang terpaksa bermalam di khemah dan tempat perlindungan sementara, wujud ketakutan keana situasi ini akan menyebabkan jangkitan virus akan mudah tersebar di bandar yang dilanda bencana.
Menurut menteri kesihatan,berdasarkan situasi ini sememangnya agak sukar dan mustahil untuk mangsa yang terlibat menjaga jarak sosial di dalam khemah yang sesak atau pusat pemindahan sementara namu begitu beliau masih memperingatkan semua orang untuk tidak melupakan ancaman koronavirus.
“Fasa yang kami lalui ini belum pernah terjadi sebelum ini dimana kami mengalami gempa bumi yang teruk sekaligus wabak pandemik,”
kata Koca.
“Kami berharap agar seluruh rakyat untuk terus melakukan tindakan pencegahan terhadap pandemik koronavirus. Kita tidak boleh berhenti melawan pandemik meskipun dalam masa yang sama perlu berhadapan dengan kejadian setelah gempa,” katanya.
Kementerian Kesihatan mengedarkan banyak topeng muka dan pembasmi kuman ke bandar itu dan diedarkan oleh pasukan AFAD serta Pasukan Penyelamat Perubatan Nasional (UMKE).
Usaha pembinaan semula
Presiden Erdoğan tiba di Izmir pada malam sabtu kemudian mengunjungi tempat-tempat di mana proses menyelamat sedang berjalan dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan atas usaha mereka.
Bercakap mengenai bencana itu, Erdoğan menyatakan pemerintah telah menyediakan banyak sumber untuk membantu bandar Izmir, sambil menambah bahawa sebuah ruang khusus telah diperuntukkan di bandar Izmir untuk tujuan pembinaan semula.
“Harapannya kita akan membina semula bangunan baru dan memberi rumah baru kepada rakyat kita yang kehilangan rumah mereka akibat gempa bumi,” kata Erdoğan kepada wartawan. Presiden mengatakan bahawa pemerintah juga akan memberikan tempat tinggal untuk keluarga semasa proses pembinaan semula, serta pampasan bagi barang yang rosak.
“Kami pernah melaksanakan perkara yang sama di bandar Elazığ dan Malataya, di mana gempa bumi serupa berlaku. Justeru kami akan melakukan hal yang sama di sini. Selain itu, kami mempunyai rumah kontena. Kami dapat menawarkan keluarga tempat tinggal selama proses itu,” kata Erdoğan dan menambah bahawa keluarga juga boleh berpindah ke asrama pelajar sebagai penyelesaian sementara jika mereka mahu.
Respon mengenai Tindakan Kementerian Pendidikan Turki untuk menutup sekolah di bandar itu selama seminggu, Erdoğan mengatakan keputusan itu boleh diperpanjangkan bergantung pada keadaan.
Menurut Erdogan sebanyak 88 pemimpin negara telah menghubunginya untuk mengucapkan takziah.”Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka semua bagi pihak saya dan orang-orang kita.”Kami bertekad untuk menyembuhkan luka saudara dan saudari di Izmir sebelum musim sejuk tiba,” katanya.
Gempa Yang Besar
Gempa yang berlaku ini merupakan gempa kedua berlaku pada tahun ini di Turki, setelah gempa berkekuatan 6.8 skala Richter melanda wilayah timur Elazığ pada Januari, yang telah meragut 41 nyawa dan mengakibatkan 1.600 orang cedera.
Sebagai sebuah negara yang berada di beberapa garisan aktif, gempa bumi yang berlaku pada hari Jumaat ini menimbulkan semula ketakutan ketika Istanbul yang pernah dilanda gegaran besar setelah gempa Bermagnitud 7.4 Skala Ritcher pada Tahun 1999 di Gölcük yang meragut lebih dari 17 000 nyawa
Walaupun negara Turki berada di antara zon paling aktif seismik di dunia dan kerap mengalami beberapa gempa bumi besar pada masa lampau, tragedi bencana Gölcük meninggalkan luka yang sangat dalam bagi rakyat Turki yang membawa kepada beberapa perubahan besar kepada peraturan dan kesedaran orang ramai mengenai bencana ini.
Namun, sejak dua dekad yang lalu, kajian menunjukkan bahawa bandar itu pasti akan ditimpa bencana dahsyat, yang mungkin lebih besar daripada yang berlaku pada tahun 1999. Para pakar pula menekankan bahawa persoalannya bukan “jika” tetapi “bila”
Berdasarkan sebuah kajian yang dilaksanakan oleh Istanbul Metropolitan Municipality mendedahkan bahawa sekiranya berlaku gempa berkekuatan 7.5 Skala Ritcher puluhan ribu bangunan di seluruh kota akan mengalami kerosakan struktur yang kritikal, terutama di Kawasan bandar sebelah Eropah. Menurut pakar di Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Universiti Gazi, gempa bumi di Izmir tidak boleh dilihat sebagai petunjuk bagi Istanbul.
“Gempa bumi kuat seperti ini harus menjadi peringatan bagi seluruh warga Turki. Ia harus menjadi peringatan bahawa negara ini berisiko terkena gempa bumi pada bila-bila masa sahaja, maka kita harus berusaha menjadikan negara kita selamat daripada gempa,” kata Profesor Bülent Özmen.
Menekankan bahawa gempa bumi mempunyai sifat yang tidak dapat diramalkan, Özmen menggesa pihak berkuasa untuk meningkatkan kesedaran dan menawarkan latihan kesiapsiagaan gempa kepada orang awam.
“Kami juga perlu menunjukkan kejayaan yang dapat kami tunjukkan dalam usaha mengurangkan risiko susulan daripada gempa bumi ini”
Sumber- Daily Sabah