Masjid Montreal Mengadakan Sambutan Maya bagi Mengingati Mangsa Pejuang Muslim Perang Dunia Pertama

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Ishque Fonseca, Imam Masjid Montreal
Foto- CTV News

Kajian oleh kumpulan penyelidik dari British Future menyatakan bahawa hanya 22% orang di Britain mengetahui bahawa umat Islam telah berperang dalam Perang Dunia Pertama.

Berdasarkan penyelidikan oleh Dr. Islam Issa, Pensyarah Kesusasteraan Inggeris di Birmingham City University, membuktikan bahawa 1.5 juta orang India dan 280.000 orang Algeria, Maghribi dan Tunisia berjuang semasa Perang Dunia Pertama serta tentera yang direkrut dari bahagian lain di Afrika.

Hari Peringatan adalah hari yang diadakan setiap tahun tahun yang kebiasaanya banyak dilakukan oleh negara Komanwel, termasuk Kanada. Ia bertujuan bagi mengingati mereka yang meninggal semasa perkhidmatan ketenteraan dan mereka yang bertugas semasa tempoh peperangan.

Kanada meraikan acara itu setiap tahun pada 11 November yang mana tarikh tersebut merupakan tarikh ulang tahun perjanjian gencatan senjata pada tahun 1918 yang mengakhiri Perang Dunia Pertama.

Beberapa dekad selepas Perang Dunia pertama, banyak sejarah pahlawan Muslim yang pernah memperjuangkan kebebasan di Eropah pada satu abad yang lalu dilupakan.

Tahun ini, sebuah masjid tempatan di Montreal memperingati peristiwa itu dengan menghormati askar-askar Muslim yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama dan juga Tentera dari Kalangan Orang Asli.

“400,000 umat Islam berperang bersama British dalam Perang Dunia Pertama, Bukan hanya orang Islam yang berperang dalam Perang Dunia Pertama tetapi juga Orang Asli Kanada yang juga berperang dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua,” kata Fonseca

Sambutan upacara ini dianjurkan oleh Jemaah Jama’at Ahmadiyya di Montreal Utara secara maya pada hari 8 Nov dan telah mengumpulkan 70 orang Muslim dan ahli politik Montreal. Ia juga memperingati Hari Pejuang Orang Asli, menyedari sumbangan yang dibuat oleh Puak First Nations, Inuit dan Metis kepada para tentera.

Sumber : CTV News, About Islam