Buat anda yang tak perasan, sekiranya anda gunakan APP Google Photo dan ditawarkan fungsi Sync & Backup, Google sebenarnya memberikan anda storan percuma untuk simpan gambar/video anda.
Kalau anda pilih untuk simpan dalam Original Quality, ia akan simpan salinan yang sama di awan, tapi ia akan memakan ruang 15GB storan yang diperuntukkan untuk setiap akaun Google dan ia dikongsi merentasi semua servis Google seperti Google Docs, dan Google Drive.
Kalau anda pilih untuk simpan dalam High Quality, ia akan simpan salinan yang telah diubah suai daripada segi resolusi untuk mengoptimumkan storan dan pada masa yang sama cuba mengekalkan kualiti gambar.
Namun, bermula 1 Jun 2021, polisi untuk gambar/video High Quality telah ditukar menjadi sama seperti polisi Original Quality. Hal ini bermakna, gambar yang masuki Google Photo tetap akan makan 15GB storan tersebut.
Pengecualian diberikan kepada situasi seperti berikut:
- Gambar yang dimuat naik sebelum 1 Jun 2021.
- Peranti Pixel 1 hingga Pixel 5
Sebelum melenting, anda perlu fahami perspektif 15GB terhadap gambar anda. Biasanya satu gambar daripada telefon pintar gunakan 3MB sahaja. 15GB mampu menampung sehingga 5 ribu keping gambar.
Sekiranya anda muat naik 100 keping gambar sehari, anda perlukan sekurang-kurangnya 4 tahun untuk penuhkan storannya.
Andainya anda masih perlukan storan yang luas untuk simpan semua gambar, anda bolehlah langgan storan awan Google One. Pilihan yang anda ada adalah seperti berikut:
Pelan bulanan
- RM8.49/bulan untuk 100GB
- RM11.99/bulan untuk 200GB
- RM42.99/bulan untuk 2,000GB
Pelan tahunan
- RM84.99/tahun untuk 100GB
- RM119.99/tahun untuk 200GB
- RM429.99/tahun untuk 2,000GB
Sumber: SoyaCincau