Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 kepada 8,000 penjawat awam tanpa pengecualian gred dalam pembentangan Belanjawan 2021 negeri itu hari ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi bantuan yang pembayarannya akan dibuat sebelum 16 Januari tahun hadapan.
Menurutnya, bantuan khas itu diberikan sebagai menghargai jasa penjawat awam yang menyumbang perkhidmatan terbaik mereka terhadap pentadbiran negeri.
“Diharapkan bayaran bantuan khas kewangan ini akan meningkatkan semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang pada tahun akan datang. Penjawat awam adalah tulang belakang kepada semua perancangan, pelaksanaan dasar dan pembangunan negeri. Jadi, jumlah pemberian ini bertambah berbanding tahun lalu yang berjumlah RM750”
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2021 kerajaan negeri Pahang di Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini.
Artikel penuh di Sinar Harian