Sememangnya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggalkan legasi yang tidak akan pernah ditelan zaman. Siapa je yang tak pernah tengok filem arahan mahupun lakonan P. Ramlee. Semua lapisan masyarakat pernah menonton filem beliau dan menjadikan ia filem sepanjang zaman. Tapi masa kita kecil dahulu mesti pelik kenapa filem P. Ramlee semua hitam dan putih je. Lepas tu kita andaikan orang zaman dahulu tak ada warna.
Bila dah meningkat dewasa ni, pernah tak anda tertanya-tanya kenapa filem P. Ramlee semuanya tak ada colour? Sedangkan P. Ramlee pernah berlakon satu filem yang mempunyai warna, yang bertajuk Hang Tuah pada tahun 1956. Filem melayu pertama yang dikeluarkan berwarna adalah filem Buloh Perindu arahan B.S Rajhans pada tahun 1953.
#1 Pernah Nyatakan Hasrat Nak Hasilkan Filem Berwarna
Sewaktu P. Ramlee menjadi pengarah filem di Shaw Brothers, beliau pernah menyuarakan hasrat untuk mengarahkan filem yang mempunyai warna. Menurut beliau, filem berwarna lebih menarik jika diselitkan adengan-adengan yang ada special effect. Nampak lebih realistik. Tetapi hasratnya ditolak dengan alasan kos untuk membikin filem warna agak tinggi pada waktu itu. Akhirnya P. Ramlee tidak sempat untuk memenuhi hasrat sepanjang hayatnya untuk mengarahkan sebuah filem berwarna.
Tapi bila kita dah masuk zaman yang serba canggih ni, rasanya tidak mustahil untuk kita mewarnakan semula filem-filem P.Ramlee secara digital, sekaligus menunaikan hasrat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Teknik mewarnakan filem hitam putih ini bukan lah sesuatu yang asing. Di Hollywood, banyak filem-filem klasik hitam putih telah diwarnakan semula. Antaranya adalah seperti King Kong (1933), Casablanca (1942), High Noon (1952) dan lain-lain.
#2 Kos Jika Semua Filem Klasik Diwarnakan Semula
Menurut laporan dari majalah Popular Mechanics pada tahun 1978, sebenarnya kos untuk warnakan filem-filem klasik agak mahal pada ketika itu. Kos untuk mewarnakan filem untuk durasi 1 minit adalah sebanyak 3,000 USD. Itu baru seminit. Mungkin sebab ini jugalah tiada usaha untuk menunaikan hasrat P. Ramlee.
Di Malaysia pula kita ada seorang pemuda yang berbakat telah mewarnakan sebahagian babak ikonik dalam filem P. Ramlee. Hasil kerja Aiman Azhar, seorang artis digital, telah dikongsikan lebih 48,000 di Facebook. Walaupun video yang dikongsikan berdurasi pendek, ia sedikit sebanyak memberi gambaran bagaimana filem-filem klasik jika diwarnakan. Kalau filem P. Ramlee diwarnakan secara keseluruhan mesti seronok untuk ditonton semula. Menurut Aiman, dia mengambil masa selama 30 minit untuk mewarnakan adengan yang berdurasi 1 minit.
Kalau macam ni mungkin kita dah boleh buat anggaran kasar berapa kos yang diperlukan untuk mewarnakan filem-filem P. Ramlee. Tapi kalau ada yang rajin labur masa dan tenaga untuk warnakan sendiri filem-filem klasik melayu apa salahnya kan. Mungkin pihak berwajib boleh lakukan inisiatif ini.