Salah Satu Cara Untuk Atasi Stress Adalah Dengan Letupkan Belon

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tiada manusia di dunia ini yang tak pernah stres. Semua orang akan rasa tertekan pada suatu masa. Sebab itu kita kena ambil tahu apa yang boleh membantu kita atasi masalah stres.

Menurut PortalĀ MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi, dan mental yang dialami seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.

Stres yang sederhana adalah stres yang baik dan boleh jadi faktor motivasi kepada individu yang ingin meningkatkan produktiviti. Namun, stres yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif. Ia juga boleh memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit lain.

Jadi, ini ada beberapa cara nak atasi stres.

1. Urutan di bahagian telinga

letupkan belon akan buat orang terkejut tapi boleh juga untuk atasi stres

Mungkin bunyinya tak masuk akal, tapi teliinga adalah antara anggota badan yang sensitif. Apabila anda mengurut telinga, ia secara tidak langsung akan membebaskan endorfin dalam otak dan ia akan membuat anda rasa lebih tenang.

2. Hidu bau buah citrus atau bau buah epal hijau

letupkan belon akan buat orang terkejut tapi boleh juga untuk atasi stres

Ada kajian yang menyatakan bahwa dengan menghidu bau epal hijau ataupun buah-buahan citrus boleh menyebabkan sakit kepala anda hilang sekali gus melegakan tekanan. Kajian itu juga telah dijalankan kepada penghidap penyakit migrain yang kronik dan ia membantu untuk mengurangkan kesakitan.

3. Makan makanan yang boleh atasi stres

Makanan yang mengandungi vitamin C, B2 dan E, serta protein dan omega-3 boleh memberi kesan menenangkan. Tapi wujud juga makanan yang boleh menghilangkan tekanan, boleh cuba makanan seperti asparagus, avocado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, manga, coklat gelap dan bijirin oat.

4. Letupkan belon

Kredit foto : PA&MA

Bunyi aneh, selalunya meletupkan belon hanya boleh membuat orang terkejut. Tapi sebenarnya, apabila kita tertekan, kita lebih cenderung untuk mengambil nafas yang lebih pendek. Jadi meletupkan belon, boleh membantu anda kembali bernafas seperti biasa dan membuatkan tubuh badan lebih tenang.

5. Solat dan beribadat

Semestinya inilah cara yang paling afdal. Solat merupakan car akita berkomunikasi dengan Tuhan. Tidak kira agama apa sekali pun, kita diajar untuk berserah segalanya kepada Tuhan jika diri ini diuji dengan pelbagai masalah.