Mengenang 16 Tahun Pemergian Sheikh Ahmad Yassin : Tokoh Digeruni Israel Meskipun Lumpuh

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sheikh Ahmad Yassin merupakan tokoh Palestin yang banyak berjas aterhadap masyarakatnya. Beliau telah dibunuh pada hari Isnin, 22 Mac 2004, setelah pulang dari menunaikan solat subuh di masjid “Al-Majma ‘Al-Islami” di desa Sabra, di Kota Gaza. Pihak Israel telah menyerang beliau menggunakan peluru berpandu dan membunuhnya bersama dengan sembilan yang lain.

Latar Belakang Syeikh Ahmad Yassin

Syeikh Ahmad Ismail Hassan Yassin atau gelarannya “Abu Muhammad” dilahirkan di Palestin di desa Al-Joura, di ddaerah Ashkelon pada bulan Jun 1936. Syeikh Yassin dibesarkan dalam keluarga beragama dan berpengetahuan. Ayahnya meninggal ketika berusia kurang dari lima tahun. Beliau mengalami kemalangan iaitu semasa berlatih gimnastik di pantai Laut Gaza dengan rakan-rakannya pada pertengahan Julai 1952. Bermula dengan hentakan pada leher akhirnya mengakibatkan patahnya beberapa tulang belakang. Selepas kemalangan Syeikh Ahmad Yassin berjuang dengan keadaan lumpuh hingga mati syahid.

Meskipun kakinya lumpuh, namun kekangan itu tidak menghalangnya untuk menuntut ilmu. Beliau merupakan seorang yang bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Beliau belajar di sekolah menengah lagi pada tahun 1964, dan seterusnya melanjutkan pelajarannya di Universiti Ain Shams di Fakulti Bahasa Inggeris di Mesir.

Namun, di Mesir beliau hanya berjaya menghabiskan tempoh belajar selama satu tahun sahaja kerana dilarang memasuki wilayah Mesir disebabkan kegiatan jihadnya. Semasa di Mesir, beliau mula melibatkan diri dengan Gerakan Ikhwanul Muslimin. Beliau ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir berikutan operasi penangkapan yang dilakukan terhadap aktivis Ikhwanul Muslimin pada tahun 1965.

Di samping lumpuh kekal, Syeikh Yassin juga menderita beberapa penyakit lain antaranya buta di bahagian mata kirinya dan kurang jelas mata kanannya akibat penyiksaan yang dialaminya. Beliau juga turut menderita sakit telinga cukup kronik, alergik di bahagian paru-paru, serta beberapa penyakit.

Dengan ketokohan beliau dalam aspek kepimpinan , beliau dilihat mampu untuk memimpin masyarakat. Beliau lantang menyeru masyarakat untuk menentang Pihak Israel. Ini jelas dilihat semasa Perang Enam Hari yang menyebabkan kemenangan Israel dan mengakibatkan ramai warga Palestin menjadi pelarian.

Penentangan Terhadap Israel

Akibat penindasan Israel terhadap tanah Palestin tanpa henti, menyebabkan  Syeikh Yassin dan dua orang rakannya Abdel Aziz al-Rantissi dan Khaled Meshal pada tahun 1987, bersetuju untuk .mengasaskan satu organisasi jihad bagi menentang penjajah zionis Israel yang diberi nama HAMAS.  

Beliau yang merupakan pemimpin tertinggi HAMAS, sering meniupkan semangat jihad buat pemuda Palestin untuk terus melawan musuh mereka. Syekh Yassin merupakan tokoh spiritual gerakan Hamas. Beliau juga menjadi contoh teladan bagi pengikutnya dan rakyat Palestin, juga bagi umat Islam di seluruh dunia.

Pada tahun 1983, beliau ditangkap oleh pihak Israel atas tuduhan memiliki senjata, membentuk pasukan militersehingga dipenajrakan selama 13 tahun. Kemdudian pada tahun 1985, beliau dibebaskan melalui pertukaran warga tahanan setelah meringkuk selama 11 bulan dalam penjara Israel

Dengan pertubuhan HAMAS, organisasi ini lantang menentang Israel dan memperjuangkan pembebasan rakyat palestin. HAMAS juga pernah bertanding dalam pilihan raya dan pernah memenangi pilihan raya. Perjuangan rakyat palestin mempunyai tujuan yang kukuh dan tidak tersasar.

  1. HAMAS adalah pertubuhan kebangsaan yang bercirikan Islam dan jihad sebagai dasarnya.
  • HAMAS percaya, usaha pembebasan Palestin tidak akan berjaya tanpa penyertaan umat Islam sedunia dan kaum Arab secara keseluruhannya.
  • HAMAS meyakini yang peperangan dengan rejim Zionis Israel adalah  peperangan tamadun yang bertunjangkan akidah Islam.
  • HAMAS sentiasa berusaha mengekalkan identiti sebagai gerakan kebangsaan yang memperjuangkan kemerdekaan berdasarkan prinsip-prinsip yang syumul.
  • HAMAS mengiktiraf hak kebebasan beragama. Maka bagi HAMAS, kaum Kristian di Palestin adalah saudara senegara mereka.
  • HAMAS berpegang pada prinsip hanya jihad jalan yang paling efektif bagi membebaskan bumi Palestin, bukan sekadar perang tapi meliputi bidang politik, ekonomi dan pendidikan.

Dengan keterbatasan rakyat palestin yang ditindas, seperti tidak mempunyai kewangan yang kukuh dan kelengkapan senjata, semangat jihad mereka terus menerus membara. Mereka terus melawan pihak Israel meskipun hanya bersenjatakan batu.

Meskipun beliau lumpuh dan tidak berdaya, namun dirinya itu masihh digerunkan oleh Pihak Israel.  Pihak Israel tidak berani membunuhnya secara dekat. Syeikh Ahmad Yassin dibunuh melalui tembakan roket yang dibawa melalui helikopter pejuang AH-64 Apache milik Israel pada 22 Mac 2004 setelah selesai solat subuh. Pembunuhan itu sememangnya dirancang lama kerana ia menunjukkan bahawa pIhak Israel tahu akan pergerakan Syeikh Ahmad Yassin ini.

Setelah berjuang lama, akhirnya beliau syahid pada umur 67 tahun. Meskipun beliau telah pergi, namun perjuangannya terus diingati sehingga ke hari ini. Antara perkara yang boleh dipelajari dari beliau ialah terus berjihad dan tidak putus asa meskipun mempunyai keterbatasan fizikal.