6 Inidividu Ini Dikecualikan Bayar Ujian COVID-19 Di Fasiliti Kerajaan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Dalam usaha membendung penularan COVID-19, antara langkah paling penting adalah mengenal pasti pesakit yang dijangkiti dengan secepat mungkin, supaya mereka boleh diasingkan daripada orang lain dan diberikan rawatan sewajarnya.

hanya 6 jenis orang ini tak perlu bayar ujian covid-19 di fasiliti kerajaan

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka yang mahu menjalani ujian pengesanan COVID-19 di mana-mana fasiliti kesihatan kerajaan perlu membuat bayaran, seperti yang tertakluk dalam Peraturan 3 dibawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan COVID-19) 2020.

Kadar bayaran yang ditetapkan adalah seperti berikut:

hanya 6 jenis orang ini tak perlu bayar ujian covid-19 di fasiliti kerajaan

Bagaimanapun, terdapat segelintir kategori individu yang dikecualikan daripada dikenakan bayaran pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan kerajaan, iaitu:

  1. Penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di dalam dan luar negara.
  2. Warganegara dan bukan warganegara yang disyaki positif COVID-19.
  3. Warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
  4. Penduduk di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
  5. Individu dibawah survelan bagi penyakit seperti influenza like illness (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk/Severe Acute Respiratory Illness (SARI).
  6. Pengembara dari luar negara yang mendapat pengecualian bayaran ujian pengesanan COVID-19.

hanya 6 jenis orang ini tak perlu bayar ujian covid-19 di fasiliti kerajaan

Sumber: KKM