Akibat hujan lebat yang berlaku baru-baru ini ini di utara Syria, ratusan khemah telah dirosakkan di lokasi pemindahan di wilayah Idlib dan Aleppo. Keadaan ini mendorong perlunya bantuan segera bagi 3 juta orang rakyat pelarian Syria.
Sepertiga rakyat Syria telah kehilangan tempat tinggal, yang jumlahnya dianggarkan seramai 6.7 juta pelarian. Mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang mencukupi bahkan kekurangan barang keperluan juga bagi menghadapi cuaca sejuk seperti alat pemanasan, selimut dan pakaian.
Wakil Koordinator Bantuan Kecemasan PBB Ramesh Rajasingham pada hari Rabu menyatakan dalam taklimat kepada Majlis Keselamatan, lebih daripada 9.3 juta orang di Syria menderita kekurangan makanan, bahkan telah meningkat sebanyak 1.4 juta orang berbanding tahun sebelumnya.
Menurut badan amal Save the Children, dalam enam bulan terakhir, jumlah kanak-kanak yang menghadapi kelaparan telah meningkat menjadi lebih dari 4.6 juta.
“Kami faham bahawa apa yang terjadi hari ini adalah gabungan konflik selama 10 tahun, sistem penjagaan kesihatan yang sangat lemah, wabak COVID-19 pula hadir keadaan ekonomi yang teruk yang mempengaruhi Syria yang menjadi faktor kenapa kanak-kanak di Syria tidak mendapat nutrien yang diperlukan untuk membesar dengan sihat,” kata Sonia Khush, yang merupakan pengarah badana amal Save the Children.
Ekonomi yang teruk pula menyebabkan kenaikan harga makanan dan kerajaan telah mula mengurangkan subsidi roti.
“Kami mengagihkan makanan di 1600 tempat pengagihan di seluruh negara. Ramai yang datang ke tempat ini memohon untuk dimasukkan dalam senarai pengagihan agar mereka dapat menerima bantuan menyebabkan berlakunya penekanan yang tinggi terhadap kami,” kata Corinne Fletcher, pengarah World Food Programme Syria.
Perang sembilan tahun berlaku dan telah menghalau jutaan rakyat dan membunuh hampir 500,000 orang, – Syria yang pada asalnya mempunyai populasi 23 juta orang sebelum perang – dikoyakkan kawasan saingan yang dikendalikan oleh kumpulan yang berbeza, yang disokong oleh pemain serantau atau antarabangsa.
Kira-kira 5.6 juta rakyat Syria juga terpaksa meninggalkan negara mereka. Krisis pelarian Syria kekal sebagai krisis kemanusiaan terbesar sejak berakhirnya Perang Dunia II.
Sumber : Al Jazeera