Halima Aden: Teguh Memilih Agama Dari Dunia Fesyen

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Berwajah hitam manis, Halima Aden sentiasa cantik mengenakan apa-apa busana yang tersarung di badannya. Bahkan, beliau terpilih untuk menjadi model berhijab pertama untuk menghiasi muka depan majalah Vogue Arabia, Teen Vogue dan British Vogue. Si cantik manis yang berdarah Somalia ini mula terkenal selepas bertanding dalam pertandingan Miss Minnesota USA 2016. Kejayaannya membawa kepada Kerjaya fesyen dan Berjaya mengikat kontrak dengan sebuah agensi peragaan terkenal iaitu IMG Models. 

Namun, meskipun telah membina nama sebagai hijabi terkenal dan model antarabangsa yang bertudung, beliau mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan pemakaiannya. Beliau mengakui dunia fesyen melalaikannya dalam memperagakan tudung dan mula tersasar dalam menggambarkan imej Islam pada pakaiannya di dalam peragaan dan penggambaran majalah fesyen.

Dengan keberaniannya, Halima akhirnya meneguhkan hati berkongsikan keterlanjuran dirinya  yang mengabaikan ajaran agama Islam demi kerjayanya dalam dunia peragaan fesyen. Beliau juga hanya ingin menerima tawaran peragaan jika pihak agensi peragaan sudi menerima “standard” yang telah ditetapkannya. Halima menceritakan kesilapannya di Instagram-story miliknya.

Deen Over Dunya : Ibu Halima Aden

Beliau juga turut berkongsikan nasihat daripada ibunya yang sebelum ini sudah berkali-kali memintanya mengundur diri daripada dunia fesyen. 

“Nasihat yang dia berikan kepada saya adalah Deen over Dunya,” tulis Halima.

Sokongan dari Gigi Hadid

Siapa sangka keberaniannya mendedahkan kesilapannya turut dipuji rakan sekerjanya yang juga merupakan model terkenal iaitu, Gigi Hadid.

Gigi menyeru peminatnya supaya membaca Instagram Story Halima, tidak kira pembaca tersebut seorang yang bertudung ataupun tidak kerana baginya ini adalah satu perkara yang amat penting untuk refleksi diri dan kembali semula kepada diri kita yang sebenar jika  langkah tersebut merupakan satu-satunya cara yang membuatkan kita rasa selesa dan bahagia”.

Gigi turut menyatakan bahawa Halima sering menginspirasikannya sejak dia bertemu dengannya dan tindakan Halima terus membuatkan dirinya bangga mempunyai kawan sepertinya”

Foto: Gigi Hadid