Seorang lelaki Uyghur di Australia telah bersatu kembali dengan isteri dan anaknya setelah kempen tiga tahun untuk membebaskan mereka dari Xinjiang di China. Sadam Abudusalam yang merupakan warga Australia dapat bersatu kembali dengan isterinya Nadila Wumaier, dan anak lelaki Lutfy yang berusia tiga tahun di Sydney. Keluarga itu dibenarkan meninggalkan China berikutan rundingan diplomatik. Wumaier yang merupakan warga minoriti Muslim Uighur China mengatakan bahawa dia sebelum ini berada dalam tahanan rumah.
Keluarga itu berkongsi gambar pertemuan emosi mereka di Lapangan Terbang Sydney pada hari Jumaat. Abdusalam tidak pernah bertemu dengan anaknya sebelum ini, yang lahir pada tahun 2017. “Terima kasih Australia. Terima kasih semua,” Encik Abdusalam membuat kicauan di Twitter.
Bagaimana keluarga ini terpisah?
Abdusalamu, yang telah tinggal di Australia selama 10 tahun, telah pergi ke China pada tahun 2016 untuk menikahi kekasihnya, Wumaier. Dia kembali ke Australia untuk bekerja pada tahun 2017, sementara isterinya perlu menunggu dahulu di China untuk kelulusan visa pasangannya.
Waimer telah berjaya melahirkan anak pada akhir tahun yang sama, tetapi visa Abdusalamu telah ditolak dan dia tidak dibernarkan untuk pergi ke negara China oleh pemerintah China.
Tidak lama selepas Waimer melahirkan, keluarga mengatakan bahawa Wumaier ditahan oleh pihak berkuasa China selama dua minggu. Dia kemudian dibebaskan, tetapi pasportnya dirampas dan dia tidak dibenarkan meninggalkan rumahnya.
Sejak dua tahun lalu, Australia telah mengeluarkan permintaan formal kepada China untuk mengizinkan mereka pergi ke Australia. Meskipun Wumaier bukan warganegara Australia, namun anaknya secara rasmi diakui secara sah melalui rayuan yang dikemukakan oleh Encik Abdusalamu.
Pihak berkuasa China telah menyatakan pada bulan Februari bahawa perkahwinan pasangan itu tidak diakui di bawah undang-undang China dan Wumaier ingin terus berada di China. Namun, beberapa jam setelah tuntutan itu dibuat oleh seorang pegawai China di sebuah program TV Australia, Encik Abdusalam menyangkal tindaka tersebut. Beliau bertindak dengan menyiarkan gambar isteri dan anaknya di Twitter yang menyatakan di atas sehelai kertas: “Saya mahu keluar dari sini dan bersama suami saya”.
Menurut peguam yang membicarakan kes ini, pasangan itu harus menunggu enam bulan lagi sebelum akhirnya mendapat berita yang mereka nanti- nantikan. “Kami mengetahui dua tiga bulan yang lalu bahawa permohonan ini diluluskan,”
Pada hari Jumaat, setelah perjalanan 48 jam melalui Shanghai, Hong Kong, Port Moresby kemudian Brisbane, akhirnya Waimer dan anaknya berjaya sampai di Sydney. Encik Abdusalam mengucapkan terima kasih kepada jabatan luar Australia atas “tindakan luar biasa” mereka, serta mengucapkan terima kasih kepada peguamnya dan pihak media.
“Saya tidak pernah menyangka hari ini akan tiba dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang bekerja keras untuk menyatukan kembali kami,” katanya. Abdus Salam menambah: “Impian saya adalah agar semua rakan Uighur dapat bersatu kembali dengan keluarga mereka.”
Kecaman hak asasi manusia
Kumpulan hak asasi mengatakan China menahan kira-kira satu juta Uyghur dan umat Islam lain di kem tahanan. Namun, China membantah kecaman ini dengan mengatakan tindakan mereka ini adalah untuk memerangi keganasan dan ekstremisme agama, serta memberi “pendidikan” kepada mereka yang berada di kem.
Pada bulan Oktober, sebanyak 39 negara – termasuk Australia, UK, AS dan beberapa negara Eropah – membacakan pernyataan di PBB dan memberitahu bahawa mereka “sangat prihatin dengan situasi hak asasi manusia di Xinjiang” serta mereka yang ditahan di kem tahanan tersebut.
“Kami telah melihat peningkatan jumlah pelanggaran hak asasi manusia yang semakin meningkat,” berdasarkan pernyataan itu. Mereka turut menyenaraikan kebimbangan termasuk sekatan yang sangat ketat terhadap hak kebebasan beragama, had pergerakan, reaksi warga Uyghur dan kesan terhadap budaya Uyghur.