Mahkamah Austria Batalkan Larangan Bertudung di Sekolah Rendah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Mahkamah perlembagaan di Austria memutuskan larangan memakai tudung di sekolah rendah bertentangan dengan berperlembagaan dan mahkamah juga membatalkan keputusan yang diambil oleh pemerintah pada tahun 2019.

Ketua Mahkamah Perlembagaan Austria Christoph Grabenwarter mengatakan larangan itu melanggar hak kesamarataan, hak untuk kebebasan berfikir, terhadap sudut pandang dunia dan agama.

Grabenwarter menyatakan undang-undang itu hanya menyasarkan pelajar Muslim dan menyebabkan diskriminasi dalam sistem pendidikan.

Undang-undang ini berisiko membataskan peluang pendidikan bagi pelajar wanita Muslim dan boleh menyebabkan mereka dikeluarkan dari masyarakat, tambahnya.

Tambah beliau lagi, bahawa hanya dengan melarang pakaian keagamaan Muslim dalam sistem pendidika, boleh mengakibatkan wujudnya stigma dalam kelompok masyarakat.

Beliau menyatakan larangan itu tidak sesuai dengan prinsip keadilan dalam perlembagaan, dan menambahkan bahawa justifikasi yang diberikan oleh pemerintah yang memberlakukan undang-undang itu “tidak objektif.”

Grabenwarter menyatakan bahawa tindakan keputusan Mahkamah Konstitusi untuk membatalkan undang-undang adalah tanggungjawab kanselor undang-undang Austria iaitu Sebastian Kurz.

Pihak mahkamah turut memerintahkan Kementerian Pendidikan untuk menanggung biaya pengadilan terhadap keluarga yang membawa kes itu ke Mahkamah Perlembagaan.