Hari terakhir untuk saring pelanggan Restoran Taj

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pelanggan yang mengunjungi semua cawangan Restoran Taj, di sini antara 30 November hingga 9 Disember lalu dan mempunyai gejala, diminta menjalani saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Indera Mahkota, di Kuantan.

Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan dalam kenyataan di Facebook memaklumkan ujian saringan itu dijalankan secara pandu lalu akan berakhir hari ini.

“Kepada semua warga Kuantan yang pernah mengunjungi semua cawangan Restoran Taj pada 30 November hingga 09 Disember lalu yang bergejala sahaja seperti demam, batuk dan sakit tekak diminta ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota untuk saringan penilaian risiko Covid-19. Saringan dilakukan secara pandu lalu bermula dari 9 pagi hingga 5 petang, hanya saringan awal untuk mengekang penularan wabak,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang dalam kenyataan media kelmarin, memaklumkan terdapat kes positif daripada Kluster Kuala yang membabitkan pekerja restoran itu.

Katanya, restoran berkenaan yang mempunyai beberapa cawangan mengendalikan dapur berpusat dengan makanan diedar ke cawangan lain.

“Berdasarkan analisa yang dibuat, kluster ini berisiko tinggi untuk penularan dalam komuniti,” katanya. -HARIANMETRO