Hafsah Faizal – Niqabis Pertama Yang Tersenarai Dalam Anugerah forbes

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baru-baru ini majalah Forbes secara rasmi telah mengumumkan senarai golongan muda bawah usia 30 yang telah berjaya dalam bidang masing-masing di laman webnya. Terdapat pelbagai kategori seperti kategori sukan, sains, seni dan banyak lagi. Dalam kategori-kategori tersebut terdapat ramai individu Muslim lain yang turut terpilih.

Antara yang terpilih ialah Hafsah Faizal. Beliau yang memiliki kerakyatan Amerika itu sebenarnya merupakan Muslimah berniqab dan bertutup litup yang menampakkan matanya sahaja. Pakaiannya langsung tidak menjadi penghalang untuk beliau mencapai ke tahap ini.

Siapakah Hafsah Faizal ini sebenarnya sehingga melayakkan dia tersenarai dalam Anugerah Forbes di bawah usia 30 tahun, di bawah kategori seni? Beliau merupakan seorang penulis muda berbakat yang menulis buku fiksyen. Beliau juga merupakan pengasas IceyDesigns, yang membuat laman web untuk pengarang buku Beliau Dilahirkan di Florida dan dibesarkan di California. Kini beliau tinggal di Texas bersama keluarganya serta sebuah perpustakaan buku.

Bagaimana beliau mula menulis? Ia bermula sejak beliau kecil lagi. Beliau yang merupakan seorang pelajar yang belajar secara “homeschool” di rumah terasa asing dan sunyi. Situasi ini menyebabkan bapa beliau membawa beliau ke perpustakaan. Di perpustakaan, beliau mula belajar mengenai blog buku dan program pinjaman buku untuk peserta mengulas buku. Bermula detik ini, beliau mulai teruja dengan buku. Seorang pustakawan yang beliau temui mencadangkannya untuk membuat buku dan beliau memulakan blog “iceybooks” pada 2010 yang pada masa itu baru berumur 17 tahun. Blognya itu mendapat sambutan hangat kerana tepat dengan sasaran beliau yang menyasarkan anak muda sepertinya.

Karya beliau yang terkenal ialah “We hunt the flame”. Karya ini berlatarbelakangkan suasana arab zaman kuno dan sebnarnya karya ini telah ditulis selama 6 tahun. Karya ini mengisahkan tentang seorang gadis pemberani yang bernama Zafira. Zafira terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk memberi bantuan kepada orang-orang sekelilingnya. Ketika dia ditugaskan untuk mengetuai perjalanan mengembalikan sihir ke dunianya, Nasirpembunuh dan putera mahkota yang legenda telah dihantar oleh ayahnya untuk membunuh Zafira. Buku beliau yang lain ialah, “We Free The Stars”.

Beliau memilih latar suasana arab kuno sebagai latar cerita kerana banyak novel yang beliau temui, hanya berpusatkan pada negeri Eropah sahaja. Beliau yang sememangnya mempunyai darah keturunan bangsa arab itu menggunakan latar belakang hidupnya serta minatnya dengan tepat.

Hafsah Faizal

Antara Individu Muslim Yang tersenarai dalam Forbes:

  1. Al-Shayeb (Kategori Sains)

Calon PhD, University of California, Berkeley. Sebagai penyelidik di makmal pemenang Hadiah Nobel Jennifer Doudna, Al-Shayeb telah menemui banyak kumpulan virus baru, termasuk virus bakteria terbesar.

2. Batouly Camara, 24 (Kategori Sukan)


Camara merupakan pemain pasukan bola keranjang wanita University of Connecticut dan kini bermain secara profesional di Sepanyol. Dia mengasaskan organisasi Women and Kids Empowerment (WAKE), sebuah organisasi nirlaba atau tanpa untung untuk mendidik, melengkapkan dan memperkasakan gadis muda melalui sukan, pendidikan dan keusahawanan sosial. W.A.K.E. sedang berusaha untuk melancarkan salah satu sekolah asrama elit semua gadis pertama di Afrika Barat.

3. Ahmed Elsamadisi, 28 (Kategori Teknologi)

Seorang pemuda kelahiran Mesir, Elsamadisi menghadapi masa-masa sulit setelah melancarkan Narrator, sebuah syarikat perisian analisis pangkalan data. Setelah mengolah semula perisian tersebut, syarikat itu berjaya di Y Combinator dan sejak itu meraih sebanyak $ 7.4 juta.

Ramai lagi individu muda yang terpilih untuk tersenarai dalam Forbes. Percayalah bahawa individu Muslim adalah individu yang hebat jika berusaha ke arah kebaikan. Di Malaysia, antara yang pernah tersenarai dalam Forbes ialah Neelofa, Vivy Yusof dan Shila Amzah.