Undang-undang baru Dikenakan Kepada Pelajar Universiti di Yaman

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pihak Houthi Yaman telah mengenakan undang-undang baru kepada pelajar wanita di Universiti Antarabangsa Lubnan di ibu negara, Sanaa, lapor laman berita Yemen Shabab Net.

Laman web itu menyatakan pelajar tempatan mengatakan bahawa pihak Houthi telah memerintahkan pelajar lelaki dan wanita untuk belajar dalam kuliah secara berasingan, dan memaksa pihak universiti untuk memperuntukkan bilik kuliah khas untuk pelajar perempuan.

Kumpulan itu juga melarang pelajar perempuan memakai pakaian pendek atau ketat atau membuka abaya dan memerintahkan mereka menutup rambut sepenuhnya.

Pada awal tahun ini, Houthi memerintahkan universiti di kawasan yang berada di bawah kawalan mereka untuk memisahkan pelajar perempuan dan lelaki semasa melaksanakan projek, dan baru-baru ini melarang untuk mengadakan majlis graduasi.

Sejak mengambil alih ibu kota pada tahun 2014, Houthi telah mengeluarkan sejumlah perintah yang bertujuan menekan kebebasan peribadi dan membatasi warga penduduk, bahkan baru-baru ini telah menutup kafe dan taman, lapor laman berita itu.