Ratusan pelarian tersekat di kem pelarian yang baru sahaja terbakar yang mana pada masa ini juga salji truun dengan lebat.
Pelarian yang berlindung di kem Lipa di barat laut Bosnia hanya mampu membungkus diri dengan selimut dan beg untuk melindungi diri mereka daripada angin yang menggigit setelah api memusnahkan sebahagian besar kem awal minggu ini.
Beberapa hari selepas kebakaran, pihak berkuasa Bosnia gagal mencari tempat tinggal baru bagi para pelarian di Lipa, menyebabkan hampir 1000 orang terdedah dengan cuaca sejuk, tanpa kemudahan atau haba, dan hanya mampu makan sedikit makanan yang diagihkan oleh organisasi bantuan.
“Salji telah turun, suhu pula di bawah sifar, tanpa ada pemanasan, dan tanpa ada apa-apa,” ulas ketua misi Organisasi Antarabangsa untuk Migrasi di Bosnia, Peter Van Der Auweraert.
“Ini bukan bagaimana seseorang harus hidup. Kami hanya memerlukan keberanian dan tindakan politik sekarang. ” tambah Peter.
“Struktur bangunan yang melindungi warga pelarian tidak selamat dan berisiko runtuh, ketika salji terus turun. Tanpa adanya alat pemanasan di tempat perlindungan berlakunya radang dingin, hipotermia dan masalah kesihatan yang teruk telah dilaporkan oleh mereka yang terdampar di lokasi, ”kata kenyataan itu.
“Kegagalan untuk bertindak dengan sangat mendesak akan membahayakan nyawa.”‘Kami akan mati, jadi tolong bantu kami’.
Bosnia telah menjadi hambatan bagi ribuan pendatang yang berharap dapat mencapai Eropah Barat.
EU telah memberi amaran kepada Bosnia bahawa beribu-ribu pelarian menderita kesejukan akibat musim sejuk dan membeku tanpa tempat tinggal.
Situasi yang teruk itu telah menimbulkan kemarahan warga pelarian. “Kami hidup seperti haiwan. Malah haiwan hidup lebih baik daripada kami! ” ujar seorang pelarian bernama Kasim.
“Sekiranya mereka tidak membantu kami, kami akan mati, jadi tolong bantu kami.”
Para pendatang hanya meletakkan kadbod di lantai sebagai pengasingan kawasan privasi masing-masing di dalam satu-satunya khemah yang terdapat di kem Lipa.
Sebahagian pelarian memanaskan kaki mereka yang kesejukan di atas api kecil yang menyala di luar untuk memanaskan badan, sementara yang lain menyelimuti badan mereka dengan selimut untuk menghangatkan badan. Kebanyakan daripada mereka hanya memakai kasut untuk melindungi diri dari salji.
Untuk sampai ke Kroatia, para pendatang sering menggunakan laluan di kawasan pergunungan di sepanjang sempadan dan memberitahu bahawa pihak berkuasa Kroatia melakukan tindak balas kekerasan.
Kumpulan hak asasi manusia telah mendokumentasikan pelanggaran oleh pihak berkuasa Kroatia selama bertahun-tahun, termasuk penderaanteruk dan serangan seksual pelarian dan pendatang. Wanita dan kanak-kanak bawah umur juga tidak terlepas dari keganasan tersebut.