Sebuah masjid di bandar Baden-Wurttemberg di barat daya Jerman telah diserang pada hari Jumaat untuk kali kedua dalam tempoh dua minggu, menurut seorang pegawai.
Pada awal pagi Tahun Baru, Masjid Fatih di bandar Sontheim diserang sehingga menyebabkan kerosakan material, kata Ali Ozdemir, kata ketua organisasi masjid.
Tingkap dan kayu di luar masjid, yang diuruskan oleh kumpulan Turki-Muslim DITIB, pecah, kata Ozdemir.
“Dalam dua minggu kebelakangan ini, ini adalah serangan kedua ke atas masjid kami,” kata Ozdemir, sambil menambah bahawa masyarakat masjid dan ahli organisasi itu bimbang.
Semua maklumat telah dikongsi dengan polis yang melancarkan siasatan mengenai kejadian itu.
Antara tindakan vandalisme lain sebelum ini ialah, simbol salib Krstian dilukis di dinding masjid.