Islam Semakin Berkembang di Jepun

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Foto- The Economist

Setiap Jumaat menyaksikan para lelaki dan wanita Muslim di Jepun memasuki sebuah masjid di Beppu, yang terletak di Kyushu, di mana negeri tersebut merupakan kawasan yang paling selatan di antara pulau-pulau besar di Jepun.

Kebanyakan daripada mereka adalah pelajar yang belajar di Universiti berdekatan iaitu Ritsumeikan Asia-Pacific University (apu) atau pekerja sambilan di hotel.

Kadar pengislaman di Jepun telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan usaha pemerintah Jepun yang berusaha untuk menarik lebih banyak pekerja dan pelajar asing.

Jumlah umat Islam yang tinggal di Jepun, meskipun masih dalam jumlah yang kecil, telah meningkat sebanyak lebih dua kali ganda dalam satu dekad terakhir, iaitu dari 110,000 pada tahun 2010 menjadi 230,000 pada akhir tahun 2019 (termasuk sebanyak 50,000 orang mualaf Jepun), menurut Tanada Hirofumi dari Universiti Waseda.

Negara ini mempunyai lebih daripada 110 masjid. Dan perubahan ini adalah perubahan yang dialu-alukan, kata Muhammad Tahir Abbas Khan, seorang profesor di Ritsumeikan Asia-Pacific University (apu) dan ketua Persatuan Muslim Beppu (bma).

Pada tahun 2001, ketika pertama kali beliau tiba dari Pakistan sebagai pelajar siswazah, hanya ada 24 masjid di negara ini dan tidak ada satu pun masjid di Kyushu.

Sekarang ini umat Islam di Jepun telah memiliki banyak masjid untuk berdoa, namun yang menjadi masaalah adalah mereka masih sukar memiliki tempat perkuburan.

Sebanyak 99% mayat orang Jepun akan dibakar, yang mana amalan ini adalah satu amalan yang dilarang oleh Islam. Pemerintah pusat tidak memiliki sistem untuk memenuhi keperluan orang asing dengan adat yang berlainan, kerana sebahagianny adalah pekerja asing yang dilihat sebagai pelawat dan bukannya penduduk tetap di Jepun.

Sebilangan besar wilayah, termasuk Oita, yang merupakan lokasi di Beppu, tidak mempunyai tanah perkuburan Muslim. Organisasi BMA telah bertahun-tahun berusaha untuk membina kawasan perkuburan di Hiji, di kawasan perbukitan di luar Beppu, namun usaha ini telah ditentang oleh masyarakat tempatan.

Pertikaian mengenai tanah perkuburan telah menjadi proksi perdebatan yang lebih luas mengenai penerimaan orang asing dalam masyarakat Jepun. Hanya sebilangan orang Jepun yang baru menerima warga asing sebagai ‘jiran baru’ mereka dan masih belum terbiasa dengan adat istiadat serta budaya asing termasuk budaya pengebumian mayat di dalam tanah.

Organisasi Bma telah mencari tanah perkuburan lebih kurang sedekad yang lalu. Gereja Katolik tempatan bersetuju untuk berkongsi tanah perkuburannya sementara bma mencari sendiri.

Antara faktor yang menyebabkan penduduk tempatan tidak senang dengan konsep Islam yang mengebumikan mayat adalah kerana mereka membayangkan bahawa tanah kubur tersebut akan mencemari mayat dan menjejaskan kesihatan mereka.

Meskipun warga Jepun agak skeptikal dalam beberapa hal, integrasi masyarakat Jepun dan umat Islam yang laun berjalan dengan baik.

Misalnya Lapangan terbang di Fukuoka telah menambah ruang solat. Kedai-kedai dan restoran-restoran halal meskipun tidak banyak, tetapi banyak yang akan dibuka nanti, terutama apabila ramai pelancong Muslim dari Asia Selatan dan Tenggara mengunjungi Jepun.

Pegawai daerah di Oita turut meminta bantuan Bma untuk menyiapkan sistem pengesahan untuk restoran tempatan. Beberapa kolam air panas juga turut menjual pakaian mandi untuk orang Islam.