Aaron-Wooi Yik Kandas Di Separuh Akhir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

HANGZHOU: Beregu badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih gangsa selepas tewas di separuh akhir kepada gandingan nombor tiga dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Shirag Chetty 21-17, 21-12.

“Tidak ada alasan, tetapi kami ditekan hebat oleh gandingan India hari ini. Ia amat teknikal tetapi sebagai pemain kami tahu betapa pentingnya ketika menerima servis.

“Gandingan India mempunyai kelebihan dengan memberi tekanan ke atas kami. Kami juga kerap melakukan kesilapan,” kata Aaron.

Wooi Yik percaya mereka sudah melakukan yang terbaik di Sukan Asia kali ini dan sekali lagi membuktikan beregu lelaki tidak pernah menghampakan di kejohanan besar.

“Saya percaya kami sudah menunjukkan yang terbaik di sini. Kami datang ke sini untuk mengutip pengalaman Sukan Asia. Kekalahan ini tidak akan mengubah apa-apa.

“Tumpuan kami kini adalah Olimpik Paris 2024. Kecewa dengan keputusan di sini, tetapi kami akan menggandakan usaha,” kata Wooi Yik.

– BERITA HARIAN